ft azlee saifuk apek

Anggota kumpulan Senario, Azlee menafikan dakwaan tular yang mendakwa sahabatnya, Saiful Apek telah ditahan oleh pihak berkuasa hari ini.

Jelasnya biarpun dia masih belum menghubungi Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, pada hari tersebut, namun Azlee percaya yang sahabatnya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Artikel berkaitan : “Dah bantu, kena cekup” – Ini Penjelasan Yassin Senario Lepas Kena Tangkap Beberapa Bulan Lepas

Artikel berkaitan : “Dia sedang menambah ilmu” – Azlee Minta Tunggu Khabar Gembira Mengenai Yassin

“Tiada (tidak ditahan)… Itu tidak betul. Tiadalah… Elok sahaja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok sahaja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu.”

“Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini.”

Dalam pada itu, Azlee turut berpendapat bahawa mungkin Saiful Apek kini sedang sibuk melakukan promosi filem terbaharunya yang berjudul 6 Jilake.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pihakmnya menerima satu foto yang menunjukkan kelibat pelawak yang telah ditahan oleh pihak berkuasa semalam.

Screenshot 2025 04 30 111512

Dalam foto tersebut, dilihat pelawak yang dimaksudkan, Saiful Apek memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat sedang ditahan dua anggota beruniform dalam satu lokasi tidak diketahui.

Untuk rekod, Mac lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya telah ditahan di Lapangan terbang Jeddah.

Dikhabarkan pelawak tiu sedang menunaikan umarah ebrsama rakan-rakannya namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Sumber : Berita Harian, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.