Baru-baru ini, seorang wanita di Facebook ada berkongsi keadaan keluarganya yang pada ketika ini sedang bertarung melawan sihir, menurutnya perkara ini sudah lama terjadi cuma dia enggan mendedahkannya sehinggalah mendapat keberanian akhir-akhir ini.
Jelasnya, gangguan mistik sebegini telah mengganggu rutin hariannya dan juga urusan perniagaan, di mana wanita yang lebih dikenali sebagai Kak Putri ini terpaksa diketepikan begitu sahaja dek kerana banyak menghabiskan masa untuk berubat.
Lebih memilukan hati, anaknya yang berumur 8 tahun juga terkena sihir tersebut. Jelasnya, sihir itu sepatutnya ditujukan kepadanya tetapi terkena pada anaknya dan menurutnya, ia agak teruk sehinggakan hampir menyebabkan kematian.
Artikel berkaitan : Cemburu Adik Kembar Kahwin Dengan Ex-BF, Kakak Tergamak Santau ‘Darah Daging’ Sendiri
Artikel berkaitan : “Rezeki ko bang”- Lelaki Terkejut Menang Cabutan Bertuah Jenama Baju Melayu, Dapat Nissan GT-R
Menerusi perkongsian Kak Putri di Facebook, biarpun keadaan anaknya kini semakin pulih, kanak-kanak itu pada setiap malam akan menangis dan meminta tolong kerana masih lagi dalam kesakitan.
“Saya bukan saja-saja hilang, saya minta maaf pada customer dan partner-partner saya. Alhamdulillah saya semakin baik dan tolong doakan saya diberi semangat untuk bangkit. Lama dah saya tahan derita ini dan tolonglah doakan anak saya.”
Jelas Kak Putri lagi, dia telah menggunakan khidmat 16 orang ustaz dan perkhidmatan hospital dan sehingga kini, mereka sekeluarga masih lagi dalam rawatan pihak hospital.
Bahkan, Kak Putri turut berkata yang dia akan dedahkan kisah gangguan sihirnya itu dengan lebih lanjut kelak termasuklah mendedahkan identiti penghantar sihir dan kronologi bagaimana gangguan ini boleh berlaku.
“Saya ada mohon minta tolong ahli keluarga orang yang sihir kami tapi mereka tak layan. Saya memang terdesak cari perempuan tu sebab dia saja boleh berhentikan sihir ni. Sebab makhluk yang dia hantar ni diberi makan (menurut peramal perubatan Islam).”
Dalam pada itu, wanita ini juga memohon orang ramai untuk sentiasa mendoakannya dan anaknya yang sedang menderita itu. Dalam perkongsian ini, Kak Putri turut muat naik imej anaknya yang seolah-olah sedang meracau.
Sumber : TikTok