Pelancong China Ditahan Polis Kerana B*nuh Wanita Trans Gara-gara Enggan Lakukan Hubungan Intim

21 hours ago 6

Seorang pelancong dari China mengaku membunuh seorang transgender di Pattaya, Thailand dan membelah tubuh mangsa selepas mangsa dikatakan enggan untuk melakukan seks dengannya.

Lebih teruk lagi, suspek menggunakan tubuh mangsa yang telah dibelah untuk dijadikan pemuas nafsunya. Suspek, yang dikenal pasti oleh pihak polis Thailand sebagai Fu Tongyuen, 42, dari wilayah Hubei, China, memberitahu bahawa dia membunuh Woranun Pannacha, 25, di bilik sewanya yang terletak di tengah Pattaya.

Artikel berkaitan : Kembali Ke Fitrah Asal, Wanita Transgender Tunai Umrah Sebagai Lelaki

Artikel berkaitan : Malaysia Negara Kedua Paling Tak Selamat Untuk Golongan Transgender – Kajian

Menurut sumber, Tongyuen menceritakan dengan polis bahawa mereka mula berkenalan ketika bertemu di sebuah pantai di Pattaya Selatan pada petang 25 April lepas sebelum bertukar maklumat untuk berhubung.

Difahamkan ketika Tongyuen mula berkenalan, dia tidak tahu Woranun seorang transgender. Namun begitu, pada hari yang sama kira-kira jam 9 malam, Woranun ada menghubungi Tongyuen dan bertemu di apartmentnya.

Tongyuen telah membayar 8,000 baht (sekitar RM1,040) untuk melakukan seks. Namun begitu, sumber menyatakan bahawa Woranun tiba-tiba berubah fikiran dan menolak untuk melakukan hubungan intim tersebut.

Screenshot 2025 04 29 160644

Ia telah membuatkan suspek jadi bengang dan menuntut bayaran semula 50 peratus daripada jumlah bayaran asal tetapi Woranun enggan memberikannya dan ia jadi pencetus pertengkaran antara mereka berdua.

Dakwa Tongyuen, Woranun ada mencakar dan menendangnya dari katil menjadi punca dia berang sebelum naik semula ke atas katil, duduk di atas tubuh Worannun dan cekik mangsa sehingga mati.

Tongyuen kemudian menyeret mayat mangsa ke bilik mandi dan menggunakan sepasang gunting untuk mengerat tubuh mangsa.

Menurut Tongyuen lagi, gunting itu dibeli untuk melindungi dirinya ketika keluar pada waktu malam. Apa yang mengerikan lagu, suspek ini memberitahu penyiasat bahawa dia memotong bahagian dada serta mengeluarkan implan silikon mangsa selepas menggunakannya untuk ‘memuaskan’ dirinya.

Selepas itu, dia mencuci mayat Woranun dan membersihkan darah yang ada di biliks ebelum meninggalkan mayat itu begitu sahaja.

Screenshot 2025 04 29 160710

Selepas beberapa jam, Tongyuen cuba melarikan diri ke China dengan menempah tiket penerbangan ke China dan menaiki motosikal serta bas untuk ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Dia ditangkap oleh pihak polis di lapangan terbang itu pada 26 April lalu. Ketika ditangkap, wajah di Tongyuen masih mempunyai kesan calar berdarah.

Tingyuen kemudiannya polis bahawa dia hilang kawalan selepas diserang Woranun. Tongyuen berkata dia tak pasti sama ada dia mengalami maslaah kesihatan mental dan memohon maaf atas perbuatannya.

Screenshot 2025 04 29 160740

Ketua Polis Pattaya, Anek Srathongyoo, berkata Tongyuen mengaku bersalah disebabkan bukti yang kukuh. Kata Anek, salah satu paru-paru Woranun hilang, namun Tongyuen menafikan bahawa dia ada menyentuhnya. Siasatan polis kini masih diteruskan.

Sumber : Berita Harian

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |