Nak Elak Dikesan, Mangsa Culik 16 Tahun Dimasukkan Ke Dalam ‘Luggage’ – Polis

16 hours ago 9

Polis melaporkan penjenayah yang terbabit kes culik remaja perempuan berusia 16 tahun di Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu, dikesan menyembunyikan mangsa dengan memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tindakan itu dipercayai untuk mengelak dikesan ketika memindahkan mangsa dari kenderaan milik suspek ke sebuah rumah di mana mangsa disorokkan.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati penculikan didalangi seorang suspek wanita berusia 31 tahun yang ditahan bersama lima lagi suspek, semalam.

Artikel berkaitan: Dipercayai Terlibat Dalam Kes Culik Remaja 16 Tahun, Lelaki M*ut Ditemb*k

Katanya, semua suspek ditahan di sekitar Negeri Sembilan iaitu tiga lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun, manakala seorang lagi suspek lelaki sedang diburu.

“Dalam kejadian 10 April lalu, mangsa bersama ibunya pergi ke sebuah salun dan remaja itu keluar dari salun untuk ke sebuah kedai serbaneka berhampiran.

“Semasa menuju ke kedai serbaneka, mangsa diculik seorang lelaki yang memaksanya masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum memecut dari lokasi dan menghilangkan diri,” katanya.

BH14COLEK O BHfield image social

Jelasnya, ketika kejadian culik, ibu mangsa masih berada di dalam salun kerana sedang membuat bayaran.

Ibu mangsa kemudian memaklumkan kejadian kepada bapanya (datuk mangsa) sebelum lelaki itu membuat laporan polis.

Jelasnya, suspek ada meminta wang tebusan sebanyak RM 2 juta sebelum keluarga mangsa membayar RM280,000 dan memberikan sejumlah barang kemas dan mangsa dilepaskan sebaik wang tebusan dibayar.

Suspek ada dua kumpulan

Menurut Mohd Shuhaily, suspek terbahagi dua kumpulan iaitu satu kumpulan mengambil wang tebusan dan satu lagi kumpulan melepaskan mangsa sebaik wang tebusan dibayar.

Suspek juga mempunyai pengetahuan tentang penculikan kerana menggunakan alat pengesan logam untuk memastikan beg wang tebusan tidak mengandungi sebarang alat pengesan.

“Dalang utama penculikan seorang wanita berusia 31 tahun dan kita percaya suspek mempunyai pertalian antara satu sama lain, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Susulan tangkapan yang dibuat, polis berjaya menemukan semula wang tunai RM180,000 dan beberapa barang kemas.

“Enam suspek terbabit direman selama 14 hari ini untuk siasatan lanjut, dan hasil soal siasat awal mendapati wang RM100,000 sudah pun dibelanjakan suspek,” katanya.

Difahamkan, ibu bapa mangsa adalah pengusaha bengkel kereta dan kedai kek, manakala datuknya adalah pengusaha kilang perabot.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |