Seorang lelaki berusia 53 tahun dari wilayah Mukdahan, Thailand menjadi korban pertama wabak antraks selepas disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Memetik laporan Buletin TV3, kes kedua turut dilaporkan di wilayah sama, sementara tiga lagi kes disyaki masih dalam siasatan.
Sekurang-kurangnya 638 individu dikenal pasti terdedah kepada bakteria maut itu, dengan 36 daripadanya terlibat dalam aktiviti melapah ternakan dan selebihnya dilaporkan memakan daging mentah atau separuh masak.
Kesemua individu berisiko telah diberikan antibiotik sebagai langkah pembendungan wabak.
Pihak kesihatan awam Thailand juga memaklumkan mereka telah mengambil pendekatan pantas dengan memberikan antibiotik dan memantau rapat kesemua individu terdedah bagi mengekang penularan.
Baca: Pakar Temui Varian Virus Mirip COVID-19, Berpotensi Merebak Melalui Manusia