subsidi telur ayam dihapuskan

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan kawalan harga telur ayam dan mengurangkan subsidi kepada 50 peratus iaitu daripada 10 sen kepada 5 sen sebiji, berkuat kuasa esok (1 Mei 2025).

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, subsidi telur ayam yang diperkenalkan sejak 5 Februari 2022 itu akan turut dihapuskan sepenuhnya bermula pada 1 Ogos 2025.

Susulan itu, langkah-langkah intervensi dilaksanakan antaranya pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga yang munasabah.

Artikel berkaitan: Kerajaan Tamatkan Subsidi & Kawalan Harga Ayam Mulai Rabu Ini

Artikel berkaitan: “Makin menderita” – Netizen Kecewa Kerajaan Hapuskan Harga Siling Ayam, Minyak Masak & Telur

KPKM berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam cukup dan terjamin berikutan kos pengeluaran stabil.

TELUR GAMBAR HIASAN

“Ini terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang lalu di mana ketersediaan bekalan adalah mencukupi dengan harga yang kompetitif.

“Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran.”

Bagi meminumkan kesan itu, KPKM bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan langkah intervensi termasuk memperkenalkan telur gred khas pada harga berpatutan hasil komitmen pihak industri.

Untuk rekod, subsidi telur ayam diperkenalkan pada Februari 2022 bagi menstabilkan harga telur ketika berlaku kekurangan bekalan. Pada Oktober tahun lalu, Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan bahawa pemberian subsidi akan dikaji semula sekiranya bekalan telur kembali stabil.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.