“Kami terima cek tendang” – Pengilang Dakwa Syarikat Tudung Fazura Hutang RM4.65 Juta

5 hours ago 5

Kecoh di media sosial apabila tular dakwaan syarikat selebriti tanah air, Nur Fazura gagal melunaskan hutang sebanyak RM4.65 juta.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd yang mendakwa pihaknya kini mengalami masalah kewangan yang serius gara-gara isu tersebut.

Memetik laporan Kosmo!, pengasas dan pengarah urusan Obor Holding, Lim Boon Hai berkata, pihaknya telah memfailkan tuntutan kepada Pink Fate Sdn Bhd dan Fazfit Sdn Bhd bulan lalu, selepas syarikat milik aktres tersebut tidak memberikan sebarang kerjasama.

Artikel berkaitan: “Terus nampak mahal” – Tengku Permaisuri Selangor Cantik Mengenakan Tudung Fazura Harga RM27

Artikel berkaitan: “Tau2 drop lagu” – Berduet Dengan Syasya, Lagu Raya Fazura Raih Perhatian Netizen

“Kami dah failkan kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lalu (April). Sudah menghantar notis kepada syarikat milik selebriti terbabit namun tidak langsung mendapat respons.

“Saya tidak menyangka dilayan seperti ini. Memang sukar untuk menuntut hutang sejak penghujung 2023 daripada (pihaknya).

“Pihak saya sudah mencuba bermacam-macam cara untuk menghubungi pihak sana (Fazura) namun tidak mendapat kerjasama yang baik. Disebabkan kes (hutang) ini, status kewangan syarikat (Obor dan Feline) sangat terjejas,” katanya.

Screenshot 2025 05 05 161643

Jelas Boon Hai, apa yang diterima pihaknya daripada syarikat milik Fazura hanyalah janji-janji palsu sejak dua tahun lalu.

“Janji nak bayar tapi apa yang kami dapat hanyalah janji-janji kosong. Saya takkan ke depan (cerita pada media), andai semua dakwaan tidak benar.

“Saya memang tak sangka orang sepopular dan sehebat Fazura sanggup membuat kami tertunggu-tunggu bagai buah tak gugur mendapatkan hak kami sebagai pengilang tudung.”

Tambahnya lagi, dia tidak mahu pihak lain menerima nasib sama seperti mereka dan memberi amaran jangan mudah percaya dengan individu popular atau yang berpengaruh.

“Saya terbuka untuk berbincang di luar mahkamah tapi nampaknya perkara itu takkan kerana keengganan pihak sana untuk memberi sebarang kerjasama. Jadi, inilah jalannya,” katanya lagi.

Dedah terima cek tendang RM1 juta

Dalam pada itu, Boon Hai turut terkilan apabila pihaknya menerima cek tendang RM1 juta daripada syarikat pelakon Pisau Cukur itu, pada September tahun lalu.

“Betul. Pihak saya menerima cek tendang berjumlah RM1 juta daripada pihak sana. Memang tak sangka benda ini berlaku,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia syarikat Fazura berhutang hampir RM4.65 juta.

Obor Holding Sdn Bhd selaku pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd yang diketahui umum sinonim dengan Fazura selaku pengasas bersama (co-founder) telah dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022.

Namun Pink Fate hanya membayar RM2.68 juta setakat Disember 2023 dari jumlah tersebut sekaligus masih berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi penjelasan lanjut daripada pihak Fazura.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |