saiful apek perjelas isu ditahan

Sejak malam tadi tular berita berkenaan pelawak terkenal, Saiful Apek, 56, yang dikatakan telah ditahan polis atas sebab yang tidak diketahui.

Susulan itu, empunya diri hari ini mengeluarkan kenyataan mengakui bahawa dialah individu yang telah ditahan polis dalam satu video yang tular semalam.

“Saya yakin dan pasti, itu adalah gambar saya. Sekarang, pastinya ramai tertanya-tanya apakah punca saya ditahan polis.

“Apa yang boleh saya katakan, ia disebabkan isu pergaduhan. Itu sahaja yang boleh dikongsi, tunggu saya berikan penjelasan sepenuhnya nanti,” katanya kepada BH Online.

Screenshot 2025 04 30 111512

Artikel berkaitan: “Setahu saya dia elok sahaja” – Azlee Sangkal Dakwaan Saiful Apek Ditahan Polis

Artikel berkaitan: “Pernah beritahu balik sebelum Aidilfitri tapi…” – Saiful Apek Dedah Yassin Bakal Pulang Dalam Masa Terdekat

Dalam pada itu, Saiful juga meluahkan kekesalannya apabila perkara sensasi itu telah disebarkan dengan sekelip mata.

Kesimpulannya, bila kita buat baik, ramai yang diam. Bila buat silap, ramai berbunyi dan jika tak buat apa-apa, ada pula mula mereka-reka cerita.

“Kalau boleh henti sebarkan perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau kesahihan selagi tak dengar daripada mulut ‘tuan badan’.

“Tak perlulah nak buat andaian tak kira pihak mana sekalipun.

“Apapun tunggu saya berikan penjelasan selanjutnya. Jadi, tolonglah jangan sebar berita tidak sahih. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya lagi.

3290619

Terdahulu, kecoh diperkatakan apabila sebuah portal hiburan melaporkan kelibat seorang pelawak memakai baju merah jambu menyamai Saiful Apek dilihat ditahan oleh dua anggota polis.

Menurut laporan, punca kejadian tidak dikenal pasti. Berita ini juga mendapat perhatian susulan salah seorang anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya dikatakan ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas disyaki membawa bahan terlarang pada tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.