Baru-baru ini, beberapa posting dari seorang individu di media sosial telah mengundang kemarahan warganet kerana dikatakan telah menghina golongan B40 dengan sengaja.
Menerusi perkongsian semula di X, individu tersebut dilihat telah meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada golongan B40 yang membayar barangan di pasaraya menggunakan Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menurut individu ini, dia yang menggunakan cutinya untuk membeli belah barangan dapur terpaksa menunggu lama disebabkan golongan itu dan mengganggunya yang ingin membayar secara cash di pasaraya tersebut.
Dalam satu lagi hantaran lain, individu ini juga mendakwa akaun media sosialnya telah diserang oleh ‘golongan’ tersebut.
Artikel berkaitan: “Akaun FB pernah dipalsukan promosi j*di” – Terpalit Dakwaan Hina Agong, Cayson Goh Buat Laporan Polis
Artikel berkaitan: “Kalau tak ada duit tak payah masuk” – ‘Founder’ Kosmetik Dikecam Halau B40 Dalam ‘Live’
Rupanya guna gambar orang lain untuk hina B40?
Namun setelah isu viral dan menerima kecaman ramai, muncul seorang wanita yang mendakwa wajahnya sudah digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Lebih kasihan, wanita tersebut rupanya berasal dari Indonesia dan menjelaskan akaun yang viral itu adalah ‘fake’ dan selama ini menggunakan foto dan video miliknya untuk lakukan hal tidak baik.
Posting berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang berharap warganet di luar sana tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu yang menggunakan media sosial sebagai ‘rage bait’ dan mencetuskan pergaduhan.
Haih macam ni punya orang pun ada kan? Buat malu negara je.
Sumber: X