Ibu Tarik Diri, Shuhada Diminta Bawa Pulang Anak – Peguam Hafidz Roshdi

5 hours ago 6

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini dibenarkan mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya, sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei hingga 9 Jun ini.

Menurut peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, dua anaknya iaitu Humairah, 8, dan Umar, 5, yang kini menetap di Australia bersama ibu mereka, Nurul Shuhada Mat Shukri perlu pulang ke Malaysia.

“Shuhada selaku responden pertama perlu akur dengan perintah mahkamah, bawa pulang anak dan diserahkan kepada Hafidz untuk tempoh cuti persekolahan sahaja.

“Kemudian kita akan teruskan kepada perbicaraan bagi tuntutan induk hadanah (hak penjagaan kekal) pada 29 Julai depan. Hari ini hanya keputusan interim hadanah sahaja,” katanya.

Artikel berkaitan: “Sihat je diaorang berdua kat sini” – Shuhada ‘Balas’ Risik Khabar Hafidz Roshdi?

Artikel berkaitan: “Dibawa ibunya ke Australia tanpa pengetahun & izin saya” – Hafidz Roshdi Rindu Anak-anak

SnapInsta.to 487236906 17951759897940988 4871343085110042947 n

Ibu Shuhada tarik diri

Pada masa sama, Akberdin memaklumkan mahkamah juga meluluskan permohonan ibu kepada Shuhada iaitu Wan Latipah Yusof untuk menarik diri sebagai responden kedua bagi tuntutan interim hadanah dan induk hadanah.

Katanya, mahkamah membenarkan dan memerintahkan Wan Latipah membayar kos ganti rugi sebanyak RM2,000 kepada Hafidz.

“Permohonan untuk menyertai kes ini sebelum ini dibuat olehnya sendiri, dan kini dia memohon untuk menarik diri melalui peguamnya.”

Jelas Akberdin, alasan penarikan diri yang dikemukakan oleh Wan Latipah adalah kerana dia tidak lagi mempunyai kawalan atau hubungan (contact) dengan anaknya memandangkan Shuhada kini menetap di luar negara.

Tambah Akberdin, perkembangan terbaharu itu menjadikan Shuhada satu-satunya responden yang tinggal dalam kes berkenaan selepas ibunya menarik diri dan peguam Shuhada juga sudah melepaskan perwakilan.

“Mahkamah turut mendapati terdapat unsur kurangnya komitmen daripada pihak Shuhada. Tiada peguam baharu dilantik dan dia sendiri tidak hadir ke mahkamah untuk memberikan sebarang makluman atau permohonan.”

Terdahulu, Hafidz memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim selepas lebih setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya, yang dipercayai berada di Australia bersama bekas isterinya.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |