Farisha Irwayu

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila bekas suami seorang pelakon wanita, Farisha Irwayu yang mendakwa bahawa dia terpaksa tidur di ruang tamu ketika masih bergelar suami pelakon tersebut kerana Farisya didakwa tidak memberi layan yang sepatunya sebagai seorang isteri.

3 4

Susulan dakwaan bekas suaminya itu iaitu pendakwah dan penceramah motivasi Datuk Tuan Asmawi Umar, Farisha Irwayu yang pernah berlakon pelbagai drama popular seperti Curi Curi Cinta dan Duda Pujaan Dara tampil menjelaskan apa yang berlaku.

Menurut laporan Harian Metro, Farisha mendedahkan bahawa dia hanya mengetahui bahawa bekas suaminya itu (ketika itu masih bergelar suami isteri) berkahwin lain di Thailand dengan seorang wanita daripada orang lain ketika Aidilfitri baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah berkahwin lain pada tahun lalu.

Artikel berkaitan: Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Punca Cerai, Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan

Artikel berkaitan: Edika Yusof Sah Cerai Isteri Talak Satu, Perkahwinan 22 Tahun Akhirnya Terlerai

Farisha Irwayu mendedahkan bahawa meskipun masih bergelar suami isteri ketika itu, mereka sudah lama tidak mempunyai komunikasi dalam perkahwinan mereka.

Pelakon tersebut turut mengatakan bahawa suaminya itu tidak meminta izin daripadanya untuk berpoligami ketika itu.

Kerana dia seorang wanita yang tidak boleh berkongsi suami, Farisya memujuk suaminya itu untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dengan melepaskannya memandangkan suaminya itu juga sudah mempunyai keluarga lain.

Pada ketika itu, Farisha mengatakan suaminya itu bersetuju dengan permintaannya dan mereka ke mahkamah untuk berpisah secara baik.

Mereka kemudiannya bercerai secara sah pada Selasa lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

5 2

Namun, bekas suami Farisha Irwayu mendakwa bahawa dia terpaksa tidur di ruang tamu sepanjang berkahwin dan telah menerima layanan tidak sepatutnya daripada isteri kerana bekas isteri (ketika itu masih menjadi isteri) geli dan menolak untuk tidur bersama sehingga dia mengunci pintu bilik.

Menurut bekas suami Farisya Irwayu, mereka hanya sempat bahagia selama setahun sahaja (pasangan ini berkahwin pada tahun 2017) sebelum berpisah pada Selasa lalu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.