“Bila lagi nak tengok 1.5 juta wildebeest depan mata?” – Ini 5 Sebab Kenapa ‘Migrasi Haiwan Terbesar Di Dunia’ Patut Ada Dalam Wishlist Korang!

5 hours ago 6

Kalau korang cari pengalaman travel yang betul-betul luar biasa, inilah jawapannya. Bayangkan korang berdiri di tengah savana Afrika sambil tengok lebih 1.5 juta wildebeest, zebra dan antelope bergerak serentak di atas padang rumput luas. Kalau korang nak tahu, fenomena hebat semulajadi yang dikenali sebagai migrasi haiwan terbesar di dunia ini hanya berlaku setahun sekali je tau!

Jadi korang memang tak boleh lepaskan peluang ni! Lagi-lagi sekarang korang boleh ke Nairobi dengan penerbangan terus AirAsia X dari Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM799 tambang sehala, termasuk semua. Tidak kira sama ada korang mencari pengalaman bajet atau percutian mewah, AirAsia X membuka peluang untuk semua merasai keajaiban alam semula jadi ini dengan lebih mudah dan mampu milik.

Kalau korang masih belum yakin, ini adalah lima sebab kenapa pengalaman ini wajib masuk dalam wishlist percutian korang tahun ni.

1. 1.5 juta haiwan bergerak depan mata

3 3

Fenomena ini bukan melibatkan ratusan haiwan, tetapi lebih daripada 1.5 juta wildebeest, zebra dan antelop bergerak serentak merentasi padang savana. Melihat kawanan haiwan yang bergerak seperti ombak hidup merupakan pengalaman yang tidak dapat dirasai di mana-mana tempat lain di dunia. Lagi-lagi kalau kita selalu tengok dekat dokumentari, memang lain betul feel dia!

2. Aksi crossing sungai penuh buaya

2 3

Salah satu momen paling mendebarkan dalam migrasi ini adalah apabila haiwan-haiwan perlu melintasi Sungai Mara yang dipenuhi buaya.

Detik ini dipenuhi dengan drama dan aksi survival. Korang boleh tengok sendiri macam mana haiwan liar ni berjuang untuk kekal hidup dan selamat dari pemangsa ketika berhijrah.

3. Tengok ‘The Big 5’ dalam satu trip

Masai Mara National reserve1

Selain migrasi haiwan, Nairobi dan kawasan sekitarnya juga menawarkan peluang besar untuk korang melihat ‘The Big 5’ iaitu singa, gajah, kerbau Afrika, harimau bintang, dan badak sumbu.

Dengan safari drive yang dikendalikan oleh pemandu berpengalaman, korang boleh tengok semua haiwan ikonik dalam habitat semulajadi mereka. Zoo memang kalah terukkk

4. Alam semula jadi yang belum tercemar

LM Gambar Hiasan 600 x 400 px 2

Savanna Afrika adalah antara beberapa tempat terakhir di dunia di mana korang boleh alami sendiri alam semula jadi dalam bentuk yang paling asli dan belum tercemar. Tiada bunyi kenderaan, tiada pencemaran udara.

Tak kira macam mana cantik gambar dalam dokumentari National Geographic, menyaksikan sendiri jutaan haiwan bergerak depan mata merupakan pengalaman yang tak dapat ditiru oleh mana-mana teknologi.

Gerakan berirama kawanan haiwan, cahaya matahari yang tembus di antara debu savana, hingga jeritan semula jadi dari haiwan liar ni semuanya korang boleh rasa dan alami sendiri di sana. Ia memang patut jadi salah satu pengalaman sekurang-kurangnya sehari seumur hidup.

5. Nairobi: City vibes & safari adventure dalam satu trip

Nairobi city

Selain itu, apa yang membuatkan Nairobi unik berbanding destinasi lain adalah kerana ia turut menawarkan kombinasi pengalaman bandar moden dan safari liar dalam satu perjalanan.

Selain safari, korang juga boleh:

  • Menikmati kopi Kenya premium di kafe hipster sekitar bandar.
  • Membeli-belah kraftangan tempatan di Maasai Market.
  • Mengunjungi Nairobi National Museum dan mengenali budaya Kenya.
  • Menikmati malam dengan suasana rooftop bar dan live music Nairobi yang meriah.

Dalam satu hari sahaja, korang boleh breakfast di kafe dalam bandar dan pada waktu petang, korang dah ada di tengah-tengah savana melihat singa dan zebra. Nairobi menawarkan pengalaman yang benar-benar berbeza dari cuti biasa.

Pilihan safari untuk semua bajet, sesuai untuk semua jenis traveler

SAFARI NAIROBI

Nairobi menawarkan pilihan safari yang sesuai untuk semua mengikut bajet korang:

Day Trip Budget Safari (Bawah RM400)

  • Nikmati game drive selama 4 jam di Nairobi National Park.
  • Termasuk perkhidmatan pickup dan drop-off serta pengangkutan menggunakan Landcruiser.
  • Sesuai untuk yang ingin pengalaman safari ekspres tanpa perlu bermalam.

4-Day Budget Safari (Sekitar RM2,800 hingga RM3,400 seorang)

  • Safari selama 4 hari ke Masai Mara dan Lake Nakuru.
  • Termasuk pengangkutan bersama, penginapan dalam khemah bajet atau hotel sederhana, game drives standard dan makanan lengkap.

5-Day Mid-Range Safari (Sekitar RM7,400 hingga RM11,000 seorang)

  • Safari 5 hari meliputi Amboseli, Lake Nakuru dan Masai Mara.
  • Termasuk pengangkutan peribadi, penginapan lodge sederhana atau tented camp, dan pengalaman game drive yang lebih eksklusif.

5-Day Luxury Safari (Sekitar RM10,000 hingga RM14,600 seorang)

  • Safari mewah dengan penginapan di lodge atau kem bertaraf tinggi.
  • Termasuk private game drives dan gourmet meals sepanjang perjalanan.

Dengan AirAsia X yang kini menawarkan penerbangan terus ke Nairobi, korang boleh pilih sendiri jenis safari yang paling sesuai dengan impian dan bajet korang.

Tempah sekarang dengan AirAsia X melalui aplikasi AirAsia MOVE

Tempoh promosi untuk penerbangan ke Nairobi kini sedang berlangsung. Korang boleh buat tempahan sehingga 11 Mei 2025. Tempoh perjalanan yang ditawarkan adalah dari sekarang sehingga 31 Ogos 2025.

Harga promosi bermula dari RM799 untuk tambang sehala termasuk semua caj, yang merangkumi cukai perkhidmatan penumpang, caj peraturan, surcaj bahan api, dan lain-lain caj berkaitan. Semua harga adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Untuk kemudahan yang lebih pantas dan lancar, korang boleh membuat tempahan secara terus melalui aplikasi AirAsia MOVE.

Mulakan pengembaraan luar biasa korang dan saksikan sendiri migrasi haiwan terbesar di dunia sekarang bersama AirAsia X!

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |