“Biasa kalau di Sabah tiada letrik tapi…” – Rakyat M’sia Cerita Pengalaman Tiada Bekalan Elektrik Di Sepanyol

6 hours ago 5

Semalam, dua negara iaitu Sepanyol dan Portugal dikejutkan dengan gangguan bekalan elektrik besar-besaran yang mana menyebabkan perkhidmatan tren terhenti, liputan internet tidak berfungsi dan ada yang dilaporkan terperangkap di dalam lif.

Gangguan bekalan elektrik yang dipercayai berlaku selama 10 jam ini masih tidak diketahui puncanya dan salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Sepanyol telah berkongsi pengalamannya semasa kejadian itu berlaku.

Artikel berkaitan:  Sepanyol & Portugal Alami Gangguan Bekalan Elektrik Teruk, Tren & Liputan Telefon Terhenti

Artikel berkaitan: Lewat Hantar Bantuan Hingga 200 Orang Terkorban Akibat Banjir, Raja Sepanyol Dilempar Telur & Lumpur

“Ndatau mau panik ka bertenang”

Gadis Sabah yang dikenali sebagai Pipo di TikTok ini mengatakan semuanya bermula pada jam 12.30 tengah hari apabila bekalan elektrik dikatakan tiba-tiba terhenti.

Pada awalnya dia beranggapan bekalan elektrik hanya terganggu di kawasan kilang tempat dia bekerja, namun Pipo terkejut apabila mengetahui perkara ini berlaku di seluruh negara termasuklah di negara jiran, Portugal.

ssstik.io 1745996580695

Meskipun WiFi di tempat kerjanya masih berfungsi, namun ‘line’ internet katanya terbatas dan disebabkan dia pulang ke rumah menaiki metro (tren), dia tidak dapat menggunakan pengangkutan awam itu kerana perkhidmatan tersebut ‘shutdown’ akibat ketiadaan elektrik.

Kena cari alternatif bas, ni lah saya gambar macam mana mau balik rumah,” katanya.

ssstik.io 1745996847812

Orang ramai cari alternatif pulang ke rumah 

Menurut Pipo, dia akhirnya memutuskan untuk keluar dari pejabat pada pukul 1 petang dan kelihatan orang ramai juga melakukan hal yang serupa kerana ketiadaan elektrik.

ssstik.io 1745996884339

Perkhidmatan bas juga dikatakan penuh kerana tren tidak berfungsi, manakala teksi pula semuanya sudah mempunyai penumpang.

spain 1

Dalam satu gambar lain juga dipaparkan situasi huru-hara di sebuah stesen bas dekat Cibeles, Madrid yang mana hampir 500 orang berbaris di bawah panas terik untuk menaiki satu-satunya bas ke Selatan Madrid disebabkan ketiadaan tren.

Menurut Pipo, dia terpaksa berbaris selama dua jam untuk menaiki bas tersebut dan keadaan digambarkan agak tidak terkawal. Ramai yang tidak dapat menaiki bas di perhentian seterusnya juga kerana bas sudah dipenuhi penumpang dari stesen lain.

spain 2

spain 3

Pukul 1 pm gerak dari tempat kerja, patutnya paling lambat pun 2 pm sudah atas katil. Hari ini 6.30pm baru sampai rumah. Sakit kaki berdiri. Sunburn lagi. Lapar pula,” luahnya.

Namun malangnya disebabkan tiada elektrik, Pipo tidak boleh memasak dan roti juga habis dijual di kedai kerana ‘panic buying’.

Nasib baik ada nasi keras sejuk, lauk sejuk dan roti kering,” katanya.

ssstik.io 1745997526204

Pun begitu, pada 8.40 malam akhirnya bekalan elektrik kembali seperti sediakala. Keadaan ini baginya agak trauma kerana situasinya berbeza jika di banding keadaan di Sabah jika tiada elektrik di rumah.

Saya ini biasa juga kalau di Sabah kan rumah tiada elektrik, chill-chill saja di rumah. Tapi kalau di bandar ni jangan dibawa main ah, macam zombie outbreak. Traumatising betul,” kata gadis yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu ini.

Video ini mendapat pelbagai komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasib Pipo di Sepanyol dan berharap keadaannya baik-baik sahaja buatnya di sana.

Moga-moga perkara begini tidak lagi berulang. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |