7masjid

Sekurang-kurangnya tiga individu cedera dalam satu insiden tikaman yang berlaku di sebuah masjid di bandar Hamilton, Kanada pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Astro Awani, Perkhidmatan Polis Hamilton memaklumkan bahawa insiden itu berlaku di sebuah masjid di pusat bandar dan siasatan kini sedang dijalankan.

Menurut kenyataan awal, dua mangsa telah dibawa ke hospital. Seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa manakala seorang lagi dirawat di lokasi kejadian akibat kecederaan ringan. Seorang lagi mangsa hadir sendiri ke hospital dengan kecederaan yang turut disifatkan tidak serius.

Screenshot 2025 05 04 at 12.05.29 PM

Pihak berkuasa mengesahkan dua suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian ke arah yang belum dikenal pasti. Mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali dan insiden ini tidak bermotifkan kebencian.

Setakat ini, butiran mengenai suspek belum didedahkan dan polis menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Baca: “Hentakan kuat di bahagian dada, jantung rosak” – TDM Sahkan Anggota Maut Akibat Kekerasan

Screenshot 2025 05 04 at 12.05.43 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.