Umum mengetahui bahawa hukuman khidmat masyarakat telah mula dilaksanakan kepada mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata di tempat awam bermula tahun ini di beberapa negeri di Malaysia.
Warga Singapura antara beberapa orang individu yang diperintah untuk menjalani hukuman perintah khidmat masyarakat itu baru-baru ini.

Individu dari Singapura itu telah menjalani hukuman berkenaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur di mana dia ditugaskan untuk menyapu dan mengutip sampah selama 4 jam di kawasan tumpuan pelancong di ibu kota itu.

Hukuman tersebut difahamkan telah dilaksanakan secara serentak di lima negeri yang menerima pakai akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Artikel Berkaitan: Denda RM2,000 & Kerja Amal : Amaran Keras KPKT Buat “Pembuang Sampah” Mulai 2026
Bagi pelaksanaan fasa pertama ini, seramai 15 pesalah berumur antara 20 hingga 50 tahun telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di lokasi terpilih dengam tempoh hukuman antara 4 hingga 10 jam mengikut tahap kesalahan.
Difahamkan lagi, antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh pesalah adalah kerja-kerja pembersihan awam seperti mengutip sampah, membersihkan longkang dan menyapu.
Pesalah melakukan tugas-tugas pembersihan itu di bawah pemantauan pegawai SWCorp.
Menurut Facebook SWCorp Johor, di Johor, seramai 5 orang pesalah telah diperintahkan PKM ini kerana mereka telah membuat kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam.
Sumber: TikTok CNA

18 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















