Sebuah restoran yang menjual nasi kandar di Negeri Sembilan baru-baru ini telah dilihat membasuh lebihan makanan sehingga ada yang mendakwa restoran tersebut mengitar semula sisa makanan.

Namun, menurut pemilik restoran nasi kandar tersebut, lebihan makanan itu dibasuh bukan untuk dikitar semula atau dijual semula kepada pelanggan, sebaliknya lebihan makanan itu dibasuh kerana ia untuk diberikan kepada haiwan jalanan, lapor Harian Metro.
Pekerja restoran berkenaan membasuh lebihan makanan itu sebelum diberikan kepada haiwan jalanan kerana mahu mengasingkan rempah-ratus dan minyak terlebih dahulu.
Menurut pemilik premis makanan itu lagi, sisa makanan akan cepat basi dan akan mempunyai bau yang tidak menyenangkan apabila basi, jadi perkara itu membuatkan mustahil untuk restoran mereka menjual semula sisa makanan kepada pelanggan.
Artikel berkaitan: Netizen M’sia Kongsi Detik Cemas Terkandas di Hatyai, Berjaya Keluar Dari Banjir Selepas Dua Hari Terputus Hubungan
Artikel berkaitan: “Bau m*yat masih kuat” – Sukarelawan Malaysia Kongsi Keadaan Pasca Banjir Di Sumatera Barat
Ini kerana menurutnya lagi, sudah tentu pelanggan akan dapat mengesannya jika mereka menjual lebihan makanan.
Kami bukan baru dalam industri ini. Mungkin orang lain buat macam itu, tetapi kami tidak pernah melakukan perkara sedemikian,” katanya.
Terdahulu, tindakan pekerja restoran itu membasuh lebihan makanan itu telah sempat dirakam oleh seorang individu sebelum disebarkan ke media sosial dan video berkenaan telah menimbulkan salah faham kerana ada warganet yang beranggapan kedai makan itu menjual sisa lebihan makanan.
Susulan itu, restoran itu telah dikunjungi dan disiasat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam masa yang sama, pihak pengurusan restoran itu juga telah membuat laporan polis terhadap penyebar video itu kerana telah menyebabkan salah faham mengenai restoran ini.
Pemilik restoran tersebut meluahkan kekecewaannya terhadap individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut kerana berpendapat individu itu sepatutnya bertanyakan kepada pihak restoran itu terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan membasuh lebihan makanan itu.
Sumber: Harian Metro

21 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















