Syaz Ft 2026 02 04T173309.427

Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa hampanya apabila anaknya pulang dengan tangisan yang teresak-esak.

Segalanya bermula apabila kotak pensel milik kanak-kanak tersebut didakwa telah dicuri oleh seorang ‘kakak senior’, sehingga menyebabkan mangsa merasa trauma dan takut untuk menjejakkan kaki ke sekolah.

Artikel berkaitan: “Malu bang perangai macam ni” –  Sikap Pelancong Malaysia Curi Air Di Thailand Undang Kecaman Netizen

Artikel berkaitan: DBKL Sita Barangan Penjaja Tanpa Lesen Milik Warga Asing Yang Menjaja Depan Sekolah

Menurut luahan si ibu, kejadian itu benar-benar memberi kesan mendalam memandangkan anaknya itu tidak pernah menangis untuk ke sekolah sejak mula belajar pada usia 5 tahun lagi. Namun, dek kerana perbuatan tidak bertanggungjawab individu berkenaan, kanak-kanak itu tiba-tiba menjadi tawar hati untuk meneruskan sesi persekolahan pada keesokan harinya, sehinggakan seorang ustazah yang baik hati terpaksa turun padang untuk memujuknya kembali ke kelas.

@chocmocha86

hari ke 3 sekolah tahun 2026, pensil case dicuri KAKAK SENIOR, hinggakan adik takot nak ke sekolah… siapalah KAKAK SENIOR tu yang buat anak mama nie, kite dia hari-hari ya adik 🤲🏻 ke esokkan hari tak mau masuk ke sekolah, nasib ustazah comey datang pujuk adik masuk ke sekolah… adik tak pernah menangis pergi sekolah sejak die bersekolah pada usia 5 tahun. pakai tahun lepas punya jew laaa adik 😁 syukur dengan ape yang ada. #kakaksenior #kualalumpur #ampang #cheras

♬ suara asli – mohfikrih99 – mohfikrih99

“Siapalah kakak senior tu yang buat anak mama ni. Kita doa hari-hari ya adik, adik tak pernah menangis pergi sekolah sejak dia bersekolah pada usia 5 tahun,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, si ibu memberitahu bahawa anaknya itu hanya menggunakan barang persekolahan tahun lepas dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, namun tetap menjadi mangsa individu yang lebih dewasa.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap pihak sekolah dapat memantau isu buli atau kecurian seperti ini agar tidak terus mematahkan semangat murid-murid lain untuk menuntut ilmu.

Cats

Walaupun hanya sebuah kotak pensel, namun kesan trauma kepada mental kanak-kanak yang baru memulakan sesi persekolahan tahun 2026 ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua pihak.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.