Hari Arafah merupakan antara hari paling istimewa dalam Islam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap kali menjelang Aidiladha.
Ia disambut pada 9 Zulhijjah dan mempunyai kedudukan yang sangat besar di sisi Allah SWT kerana terdapat banyak kelebihan termasuk hari disempurnakan agama, pengampunan dosa, doa yang mustajab serta peluang melipatgandakan amalan ibadah.
Bagi jemaah haji, Hari Arafah menjadi kemuncak ibadah haji apabila mereka melaksanakan wukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu rukun haji.
Manakala bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, hari tersebut turut digalakkan untuk dipenuhi dengan doa, zikir, istighfar serta puasa sunat Arafah yang memiliki ganjaran besar di sisi Allah SWT.

Bilakah waktu mustajab berdoa?
Pun begitu, ramai yang masih keliru mengenai perbezaan antara Hari Arafah dan waktu wukuf di Arafah, khususnya berkaitan waktu mustajab untuk berdoa.
Ada yang mendakwa bahawa waktu mustajab berdoa pada Hari Arafah mengikut waktu tertentunya yang mana permulaan wukuf di Arafah bermula selepas tergelincirnya matahari pada waktu Zohor sehinggalah terbenamnya matahari pada waktu Maghrib.
Artikel berkaitan: “Sangat efektif!” – Johan Uji Jalan Di Arafah Selepas Ia Dinaik Taraf, Macam Ada ‘Spring’
Artikel berkaitan: Ali Al-Awadhi: Kisah Budak 12 Tahun Yang Tawaf Kaabah Sambil Berenang Gara-gara Mekah Banjir Tahun 1941
Beza Hari Arafah dan waktu wukuf
Bagaimanapun, ramai yang tidak memahami bahawa Hari Arafah dan waktu wukuf merupakan dua perkara yang berbeza.
Hari Arafah sebenarnya bermula daripada terbenam matahari 8 Zulhijjah sehingga terbenam matahari 9 Zulhijjah mengikut waktu tempatan di sesuatu tempat.
Dalam kalendar Islam, permulaan hari dikira bermula selepas masuk waktu Maghrib dan bukannya pada tengah malam seperti kalendar biasa.
Ini bermakna umat Islam di Malaysia menyambut Hari Arafah berdasarkan waktu tempatan di negara ini dan bukannya mengikut waktu di Mekah.
Manakala, waktu wukuf di Arafah pula merupakan tempoh khusus bagi jemaah haji yang berada di Tanah Suci.
Wukuf bermula selepas tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah, iaitu masuk waktu Zuhur sehingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, mereka tidak terikat dengan tempoh waktu tersebut.
Justeru, tidak timbul keperluan untuk menunggu pukul 5 petang semata-mata bagi memulakan doa pada Hari Arafah.
Sebaliknya, keseluruhan Hari Arafah merupakan waktu yang sangat digalakkan untuk umat Islam memperbanyakkan doa, zikir dan ibadah.
Bagi jemaah haji pula, mereka memiliki kelebihan tambahan kerana berada di Padang Arafah ketika menunaikan rukun haji tersebut.
Antara perkara penting yang perlu difahami:
- Hari Arafah di Malaysia bermula mengikut waktu tempatan, iaitu dari Maghrib sehingga Maghrib keesokan harinya.
- Keseluruhan Hari Arafah ialah waktu yang mustajab untuk berdoa.
- Waktu Wukuf di Arafah khusus untuk jemaah haji yang berada di Mekah.
- Tidak ada dalil khusus yang menetapkan waktu mustajab hanya bermula jam 5 petang hingga 11 malam di Malaysia.
Apa yang lebih utama ialah memperbanyakkan doa dan ibadah sepanjang Hari Arafah, bukan mengehadkannya kepada waktu tertentu semata-mata.
Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Sumber: Threads, Instagram, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

13 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















