Bapa kepada Nur Izzati Humaira, yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak Sabtu lalu di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor meluahkan bahawa anaknya itu seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkannya.
Kata Azizul Abdul Aziz, seluruh keluarga tidak pernah berhenti memberikan sokongan dan doa buat arwah Nur Izzati sejak hari pertama kehilangan anak keduanya itu.
Artikel berkaitan: “Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna
Artikel berkaitan: Punca Kematian Pendaki Gunung Liang Disahkan Akibat Hipotermia Atau Kesejukan Melampau

“Kak angah, ayah, ibu, alok, abby dengan Syahid tak pernah tinggal angah daripada hari kejadian sampai hari ini.”
“Kak ngah kuat tahu, kak ngah kuat. Ayah tahu kak ngah kuat. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi. Kalau hari ini kita jumpa, esok kita raya sama-sama.”

Tambahnya, dia sekeluarga reda dengan segala ketentuan Allah.
“Kalau Allah lebih menyayangi kak ngah… ayah, ibu semua dah reda. Ayah, ibu jadi saksi bahawa kak ngah anak yang baik untuk ayah dan ibu.”
“Kak ngah tak ada dosa pun kepada kami dan tak pernah menyusahkan kami. Doakan untuk anak saya Nur Izzati Humairah. Mudah-mudahan kita berjumpa pada hari ini juga insya-Allah.”

Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima orang rakan serta ahli keluarganya semasa menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.
Memasuki hari keempat, Allahyarham akhirnya ditemui meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.
Sumber : Kosmo!

10 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















