5Terbakar

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) cedera melecur di bahagian kaki dalam satu kejadian kebakaran besar yang memusnahkan tujuh buah rumah di kawasan Jinjang, Kepong, semalam.

Mangsa berusia 41 tahun itu turut mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dan kini sedang menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang. Keadaannya dilaporkan stabil selepas diberi rawatan awal.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.34 tengah hari sebelum menggerakkan seramai 46 anggota bersama lapan jentera dari beberapa balai termasuk Jinjang, Menjalara, Jalan Hang Tuah dan Sri Hartamas ke lokasi kejadian.

Screenshot 2026 02 01 At 11.25.25 Am

Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan deretan tujuh rumah dan operasi pemadaman dijalankan bagi mengelakkan api merebak ke kediaman berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.34 petang sebelum operasi ditamatkan selepas api dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3.37 petang. Kesemua rumah terlibat dilaporkan musnah sepenuhnya, manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.