Rekaan pakaian baharu hasil kolaborasi pelakon dan usahawan Hanis Zalikha telah mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.
Menerusi Threads, seorang pengguna melabelkan pakaian tersebut dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai digayakan oleh wanita berhijab.
Artikel berkaitan: “Doktor kata kalau lewat…” – Hanis Zalikha Kongsi Pengalaman Perit Bapanya Hampir Koma
Artikel berkaitan: “Terharu tengok reaction” – [VIDEO] Netizen Puji Anak Hanis Zalikha, Excited Dapat Duit Raya RM1
Menurut individu berkenaan, potongan pakaian tersebut terlalu mengikut bentuk badan dan ia boleh menimbulkan kebimbangan mengenai kesesuaiannya dalam kalangan wanita Muslimah biarpun tidak dinafikan bahawa rekaan pakaian itu memang cantik.
“Maaf cakap, tapi sangat tak sesuai dipakai oleh kaum wanita, terlalu ketat dan sendat, ikut cutting. Rekaan memang cantik, tapi bayangkan ramai pakai. Macam manalah awak nak menjawab nanti?”

Hantaran tersebut disertakan dengan beberapa gambar individu yang menghadiri majlis pelancaran sambil mengenakan pakaian berkenaan. Dalam pada itu, individu tersebut menasihati Hanis agar usahawan tersebut menitikberatkan soal keberkatan dalam perniagaan.
“Carilah keberkatan dalam berniaga. Jagalah maruah semua wanita, malah influencer pun cari cara nak tutup.”

“Tolonglah jangan keluarkan macam ini. Kalau rasa tak sesuai, tak perlu pakai. Kalau pemilik jenama sendiri berhijab, takkan pembeli pula perlu dihadkan? Mungkin selepas ini boleh buat lebih baik.”
Menjengah ke ruangan koman, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan individu tersebut dan berpendapat bahawa peniaga bukan beragama Islam lebih baik dalam menghasilkan baju yang sesuai dengan wanita Muslim.

9 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















