Dr. Malik Yatam atau lebih dikenali sebagai Dr. Murad, membuktikan yang azam kuat mampu mengubah takdir.
Kisah hidupnya bermula cukup tragis apabila dia nekad berhijrah dari Sabah ke Semenanjung seawal usia 14 tahun semata-mata nak bantu keluarga selepas berhenti sekolah akibat kesempitan hidup. Namun, niat murninya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia dieksploitasi dan didera oleh majikan sehingga membawa kepada satu tragedi yang akhirnya menghantar dia ke penjara pada tahun 2001.
Selama 24 tahun, Dr. Malik menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS), iaitu hukuman tanpa tarikh bebas yang pasti. Bayangkan perasaan seorang remaja 14 tahun yang rasa masa depannya sudah hancur lebur di sebalik jeriji besi.
Artikel berkaitan: Sultan Selangor Cadang Wakil Rakyat Tinggal Dekat Ladang Babi, Rasai Sendiri Apa Dialami Penduduk
Artikel berkaitan: SIS Hormat Nasihat Sultan Selangor, Gugurkan Perkataan ‘Islam’ Daripada Nama
“Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak diberi peluang kedua.
Baginda sudah mempertimbangkan pengampunan sebaik melihat semua faktor yang disembah maklum semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.
Baginda turut menasihatkan Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup,” demikian kenyataan Selangor Royal Office hari ini.
Namun, titik perubahan bermula apabila dia sedar hanya pendidikan mampu menjadi “kunci” kebebasannya. Tanpa guru dan kelas yang sempurna, dia gigih meminjam buku rakan untuk belajar sendiri sehingga berjaya menduduki SPM pada usia 21 tahun, diikuti STPM, ijazah, dan akhirnya menggenggam PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.
Pertemuan pertama seumpamanya antara baginda dan bekas banduan itu berlangsung dalam suasana yang cukup hening dan pilu selama hampir sejam. Baginda yang terharu dengan kecekalan Dr. Malik turut menasihatinya supaya terus menjaga nama baik keluarga dan menggunakan peluang kedua ini untuk memperbaiki taraf hidup.
Kini pada usia 39 tahun, Dr. Malik bukan sahaja bebas sebagai manusia baru, malah sebagai pemegang PhD pertama yang dilahirkan dari dalam penjara.
Sumber: Instagram

3 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















