Berita baik untuk pelanggan restoran Rembayung milik Khairul Aming kerana usahawan itu mengumumkan bahawa pelanggan yang makan di restoran kini boleh mula memesan makanan di restoran berkenaan untuk dibungkus dan dibawa pulang atau takeaway.
Ia telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi platform media sosial Threads.

Artikel berkaitan: “Konsert ke?” – Lelaki Diperdaya Beli Tiket Untuk Makan Di Rembayung
Artikel berkaitan: Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan
Namun, jenis lauk dan bilangan lauk yang dibolehkan untuk dibungkus dan dibawa pulang adalah terhad buat masa ini kerana pihak restoran tetap mahu memastikan agar kakitangan restoran di bahagian dapur tetap dapat menyiapkan makanan yang dipesan pelanggan dengan cepat.
Difahamkan, staf Rembayung akan memberikan borang pesanan kepada pelanggan yang mahu pesan makanan untuk ‘takeaway’ atau dibawa pulang.
Difahamkan juga, had jumlah untuk pesanan takeaway juga setakat ini akan berubah setiap hari bergantung pada kapasiti staf dapur pada hari tersebut.

Jadi, orang yang berjaya dapat slot untuk makan di Rembayung tu boleh lah beli lauk bungkus untuk kawan atau family korang yang tak dapat book slot makan di Rembayung kan.
Sumber: Threads Khairul Aming

15 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















