Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu di Kampung Seri Bunian, Pontian akhirnya terjawab apabila dia ditemui selamat pagi semalam. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah dakwaan mangsa yang mengatakan dirinya telah diekori atau mengikut seorang ‘budak kecil’ sepanjang tempoh dia hilang.
Mangsa, Nathiah Selamat, 77, ditemui oleh penduduk kampung pada jam 10.50 pagi dalam keadaan yang amat keletihan dan kebingungan. Lokasi penemuan warga emas itu adalah sekitar 2.4 kilometer dari tempat terakhir dia dilaporkan hilang.
Artikel berkaitan: “Kenapa tinggalkan yang sakit dan turun dengan yang sihat?” – Suami Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Terkilan
Artikel berkaitan: “Dah hari ketiga” – Hilang Ketika Turun Mendaki Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Humaira Masih Belum Ditemui
Terdengar Bunyi Pelik Di Kebun Sawit
Menurut seorang pekerja kebun sawit di Parit Wakaf Kampung Tenggyon, Mohamed Suib Kamso, 50, dia menyedari kehadiran mangsa selepas terdengar satu bunyi yang agak aneh ketika sedang melalui kawasan berkenaan.

Apabila menghampiri punca bunyi tersebut, dia terkejut melihat seorang wanita warga emas berada di situ dalam keadaan tidak bermaya, sebelum bertindak segera memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kebetulan berada berhampiran.
“Warga emas berkenaan dalam kebingungan dan selepas diberi air minuman dia beritahu berjalan bersama budak kecil tanpa henti sehingga terasa letih dan tertidur.
Pasukan SAR membawa Nathiah ke Hospital Pontian untuk rawatan,” katanya.
Redah Tiga Kebun Kelapa Sawit
Berdasarkan laluan yang ditemui, Mohamed Suib percaya bahawa warga emas terbabit telah berjalan kaki merentasi tiga kawasan kebun kelapa sawit yang berbeza, bermula dari Kampung Medan Sari, membawa ke Kampung Seri Bunian, dan berakhir di Kampung Parit Wakaf, Tenggayon.
Sebelum ini, pihak media ada melaporkan mengenai kehilangan mangsa pada 26 Mei lalu. Nathiah difahamkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya di Kampung Seri Bunian sekitar jam 11.00 pagi.
Sumber: Harian Metro

12 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















