Persengketaan antara jaguh Muay Thai Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo bersama usahawan dan pempengaruh sensasi, Mohd Ruzain Azha atau terkenal dengan nama Ojen Aiwah kini sedang menjadi sorotan netizen.
Ia berikutan dengan kenyataan Jojo dalam satu sesi audio siar berkenaan pendapatnya mengenai kunafa. Dalam audio siar tersebut, Jojo memberikan reaksi jelek terhadap makanan tersebut sehingga melabelkan menu itu sebagai sampah.
Artikel berkaitan: “Aku malu dengan mentaliti sampah” – Hanya Sokong Bila Menang, Jojo Ghazali Selar Netizen
Artikel berkaitan: “Jangan main agama lah” – Ojen Nak Saman Tareq Fit Bukan Sebab Isu Peribadi
“Tak semua Kunafa tu mengarut kan?” – Ojen
Tidak menyebut mana-mana nama peniaga, kritikan Jojo mengenai kunafa itu telah membuatkan Ojen rasa terpanggil untuk memberikan respon.
Ojen yang terkenal dengan perniagaan kunafanya itu memuat naik satu hantaran dengan menunjukkan DM yang dia pernah terima daripada Jojo untuk membeli kunafa jualannya.
Tidak berdiam diri, Jojo menerusi Threads miliknya menunjukkan mesej yang dirinya ditegur oleh Ojen, dalam mesej tersebut Jojo tetap dengan pendiriannya dan menolak pelawaan Ojen untuk menaja dirinya.
Perbualan antara mereka dilihat menjadi semakin tegang apabila Ojen menegur Jojo agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu makanan itu sampah. Bagaimanapun, dia boleh terima seandainya makanan tersebut dianggap menu yang tidak sihat.
Namun begitu, Jojo membalas dengan mengatakan bahawa dia tidak menyebut kunafa daripada mana-mana jenama, bahkan Jojo juga tetap dengan pendiriannya bahawa kunafa itu dianggap sebagai ‘sampah’.
Aku biar sini je la, pandai-pandai korang fikir sendiri – Jojo


Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen ada yang menegur Jojo kerana menganggap perbuatan mencela makanan itu bercanggah dengan adab yang diamalkan oleh Rasulullah dan ada juga yang menyebelahi Jojo dengan mengatakan bahawa Jojo sudah menolak pelawaan Ojen dengan cara baik pada awalnya.

13 hours ago
16































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















