Misteri kehilangan remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, pada Sabtu lalu terungkai apabila ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.59 pagi.
Menurutnya, mangsa ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhirnya dilihat.
“Pemerhatian awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dengan berpakaian penuh serta tiada tanda-tanda serangan haiwan liar dikesan di lokasi,” katanya.
@loefakhrulAlhamdulillah. mangsa telah dijumpai oleh 5 anggora Pasukan Khas Storm dan Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu pada jam 11.58 minit pagi. Operasi ditutup. hentikan kontreversi dan khurafat.
♬ original sound – Loe Solo – Loe Solo
Artikel berkaitan: “Kenapa tinggalkan yang sakit dan turun dengan yang sihat?” – Suami Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Terkilan
Artikel berkaitan: “Dah hari ketiga…” – Hilang Ketika Turun Mendaki Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Humaira Masih Belum Ditemui

Kini, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.
Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan selepas ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam.
Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat sekitar jam 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar tiba lebih awal kerana berasa panas dan penat.
Sumber: Kosmo!

11 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















