Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026 susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu lalu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Pada masa sama, kerajaan terus mengekalkan harga petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu rakyat dan sektor tertentu.

Penetapan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026 adalah seperti berikut:

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pasaran petroleum global masih belum stabil berikutan konflik di Asia Barat yang sudah berlarutan lebih 12 minggu.
Artikel berkaitan: “Bukan kita bagi” – PM Mohon Hentikan Kontroversi Dakwa Hantar Diesel Ke Filipina
Artikel berkaitan: Taktik Baharu Sindiket Diesel, Guna ‘Runner’ Ada Kad Fleet Elak Dikesan KPDN
Sejak konflik tercetus pada 28 Februari 2026, risiko gangguan bekalan minyak global terus menjadi perhatian pasaran memandangkan Selat Hormuz merupakan laluan bagi kira-kira 20% bekalan petroleum dunia.
Menurut MOF, harga minyak mentah Brent masih melepasi AS$100 setong, selain peningkatan kos penghantaran dan premium insurans akibat risiko laluan perdagangan di zon konflik.
Menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), harga RON95 bersubsidi dikekalkan pada RM1.99 seliter untuk lebih 14 juta penerima layak.

Pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM3.92 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM784. Ini bermakna Kerajaan MADANI menanggung RM386 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95.
Dengan siling kelayakan bulanan sehingga 200 liter, penerima BUDI95 hanya membayar sehingga RM398 sebulan bagi penggunaan penuh kelayakan tersebut.
Sumber: Kementerian Kewangan

14 hours ago
16































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















