Sebuah lori telah menyebabkan lebih 70 tiang elektrik di Samut Prakan, Thailand tumbang selepas lori tersebut merempuh kabel elektrik ketika sedang menaiki jambatan beberapa hari lalu pada 30 Januari, lapor portal The Thaiger.
Kejadian tersebut juga telah menyebabkan beberapa kawasan berdekatan telah terputus bekalan elektrik.
Kejadian itu berlaku di jambatan berdekatan pintu masuk kawasan perindustrian Bang Pu di jalan Sukhumvit.
Lori itu tetap meneruskan perjalanan selepas kabel elektrik itu dirempuh, menyebabkan kabel elektrik pada tiang-tiang lain turut ditarik bersama.
Difahamkan, 70 tiang elektrik itu adalah di sepanjang jalan sekitar dua kilometer.

Artikel berkaitan: Video Detik-detik Sebelum Kejadian ‘Sinkhole’ Di Singapura Tular Di Media Sosial
Artikel berkaitan: Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’
Tiang-tiang itu bukan hanya tumbang, malah peralatan elektrik pada tiang-tiang yang tumbang seperti transformer dan sebagainya juga mengalami kerosakan.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Susulan itu, sekitar 200 orang pegawai telah turun padang untuk membersihkan kawasan itu dari tiang-tiang yang tumbang.
Pasukan tambahan turut dibawa turun padang untuk membaiki semula tiang-tiang elektrik yang rosak agar bekalan elektrik dapat disambung semula kepada penduduk yang terkesan akibat kejadian tersebut.
Sumber: The Thaiger

11 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















