Restoran Rembayung Bocor

Restoran Rembayung milik usahawan popular Khairul Aming sekali lagi menjadi tumpuan ramai. Kali ini, restoran tersebut dimasuki air hujan kerana kebocoran akibat hujan lebat semalam.

Susulan itu, Khairul Aming menerusi akaun Threads telah memohon maaf kepada para pelanggan restorannya yang terkesan akibat kejadian kebocoran terbabit.

Menurut usahawan Sambal Nyet itu, pelanggan restoran yang terkesan telah berpindah ke meja lain ketika kejadian berkenaan.

Difahamkan, hujan ketika itu sangat lebat sehingga menyebabkan air masuk ke dalam premis restoran itu.

Rembayung Bocor

Artikel berkaitan: Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan

Artikel berkaitan: “Saya buka kedai makan je bang” – Khairul Aming Bagi Respon Lepas Netizen Pertikai Susah Nak ‘Booking’

Kebocoran itu kemudiannya telah berhenti dan sesi makan pada malam tadi dapat diteruskan seperti biasa.

Difahamkan juga, punca kebocoran itu terus dibaiki pada malam tadi.

Dalam video yang dikongsikan oleh KA itu, dapat dilihat staf Rembayung sedang giat membersihkan lantai yang basah akibat kebocoran tersebut.

Sumber: Threads Akmal Shaharom, Threads Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.