syarikat makanan bayi slb disiasat kdn

Sebuah syarikat makanan bayi dari Singapura akan disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap dalam video pelancarannya, baru-baru ini.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan siasatan akan dijalankan mengikut prosedur sama seperti yang pernah dikenakan terhadap akhbar Sin Chew Daily sebelum ini.

“Selepas kami mengambil tindakan ke atas Sin Chew, maka orang ramai mengangkat insiden sama (yang dibuat syarikat makanan bayi).

“Mereka juga akan berdepan proses sama dari KDN,” katanya.

Artikel berkaitan: Agong Anggap Kesilapan Papar Bendera Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima

Artikel berkaitan: Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Bahasa Cina Mohon Maaf

Dalam pada itu, Saifuddin juga berkata pihaknya kini sedang meneliti maklum balas daripada pihak Sin Chew Daily sebelum langkah seterusnya diambil.

Screenshot 2025 04 22 at 1.34.50

“Saya mengingatkan semua pihak bahawa bendera adalah lambang identiti negara yang membawa pelbagai makna dan maksud sebaliknya.

“Jadi sebarang bentuk kelalaian, kecuaian dan kealpaan yang boleh mengundang rasa resah dalam masyarakat sebaik-baiknya dapat dielakkan.

“Jika perkara itu sudah berlaku maka ia akan kami tangani dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan. Kita ada undang-undang dan proses siasatan yang akan mengambil tempat,” katanya.

Terdahulu, syarikat Singapore Lactation Bakes (SLB) tampil memohon maaf secara terbuka selepas menyedari kesilapan memaparkan Jalur Gemilang yang tidak lengkap dalam video promosi untuk pelancaran SLB Malaysia.

Difahamkan, SLB ketika itu menyertai pameran perdagangan produk bayi di pusat pameran sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Insiden ini turut menjadi perhatian ramai kerana ia merupakan insiden ketiga menyaksikan paparan Jalur Gemilang tidak lengkap.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.