Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan seorang pemuda dibelasah oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah yang dikatakan bertempat di Johor Bahru.
Menurut sumber Kosmo!, mangsa dikatakan cedera teruk sehingga longlai selepas dipukul oleh lebih daripada lima hingga tujuh lelaki lain.
Artikel berkaitan : “Satu amaran keras” – Pukul Lelaki OKU, G57 Bersedia Bantu Keluarga Saman RM1 Juta
Artikel berkaitan : Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan
Kena pukul, ambil RM600 & rampas motor mangsa
Dalam video tersebut, mangsa telah ditumbuk dan dibelasah pada bahagian muka, dada serta anggota badan lain. Bahkan, alat kemaluan mangsa juga kelihatan turut dipukul dan ditendang suspek.
Mangsa bagaimanapun tidak melawan dan meronta-ronta mengerang kesakitan selain hidung kelihatan berdarah.
Berikutan dengan tular video tersebut, ia telah mandapat perhatian rappers dan aktivis kemanusiaan, Caprice. Mangsa kemudian tampil hubungi Caprice dan menceritakan kejadian sebenar yang terjadi.
Katanya, dia ada mengenali seorang wanita dari TikTok dan dipanggil untuk berjumpa setelah berkenalan dalam masa yang singkat. Kata mangsa, dia dipanggil untuk teman wanita tersebut kerana tidak sihat.
Setelah sampai ke rumah wanita tersebut, dia tiba-tiba didatangi oleh beberapa orang lelaki dari pintu masuk rumah wanita itu sebelum diserang sepertimana yang tular di dalam video.
“Lepas kena pukul dia pau duit RM3,000, tapi saya ada RM 600 je masa tu, jadi saya bagi RM600 dan diaorang ambil motor saya.”
Suspek dah ditahan polis, positif dadah
Terkini, sumber melaporkan bahawa wanita dan semua suspek yang terlibat berusia dari 19 hingga 26 tahun itu telah ditangkap kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek telah direman selama 6 hari sehingga 26 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Tambah Sohaimi, hasil semakan mendapati bahawa 5 daripada 7 suspek telah ditahan itu memiliki rekod kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Bahkan, hasil ujian saringan air kencing mendapati bahawa 4 daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.