Baru-baru ini, media sosial gempar selepas membaca berita mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang maut selepas terminum cecair metadon di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Dalam perkembangan terkini, pihak polis mengesahkan bahawa cecair metadon yang diminum mangsa adalah milik bapanya dan digunakan untuk tujuan rawatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan, sebaliknya ia dipercayai berlaku akibat kecuaian.
Berkaitan kes di Kajang melibatkan kanak-kanak, siasatan buat masa ini menunjukkan tiada unsur atau niat jenayah dan lebih kepada kecuaian.
“Ubat itu dimiliki oleh bapa kanak-kanak berkenaan untuk tujuan rawatan dan dipercayai kecuaian berlaku ketika penggunaan,” katanya pada sidang media di Kajang, lapor Harian Metro.
Datuk shazeli kaharArtikel berkaitan: “Bukan sengaja, tapi tersalah botol ubat” – Adik Rayu Henti Fitnah Terhadap Kakak, Kes Ibu Beri Anak Methadone
Artikel berkaitan: Ubat Tahan Sakit Perlu Dapat Nasihat Pakar, Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Ambil Sembarangan
Menurut beliau, dua lagi adik mangsa yang turut terlibat dalam insiden itu kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan menunjukkan perkembangan positif.
Ibu dan bapa mereka pula telah diberikan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.
Terdahulu, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berdasarkan carian di laman sesawang kesihatan, metadon merupakan sejenis ubat dalam kumpulan opioid sintetik.
Ia lazimnya digunakan untuk rawatan ketagihan dadah, khususnya bagi membantu individu yang bergantung kepada heroin atau morfin.
Metadon juga boleh digunakan sebagai ubat penahan sakit tertentu dan hanya boleh diperoleh melalui preskripsi.
Sumber: Harian Metro

14 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















