syaz ft 2025 10 22T103904.950

Pelakon Meerqeen, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, mendedahkan bahawa dia kini memilih untuk berehat sejenak dari media sosial dan ingin memulakan babak baharu dalam hidupnya.

Dalam temubual bersama stesen radio Era FM, Meerqeen tidak memberikan ulasan panjang lebar, namun hanya menyatakan dia kini sedang berehat terutamanya dari media sosial.

Artikel berkaitan: “Saya tiada komen” – Meerqeen Pilih Untuk Kunci Mulut Berkenaan Sarah Yasmine

Artikel berkaitan: “Pelakon ada hak” – Meerqeen Tolak ‘Babak Panas’, Nak Jaga Nama Baik Keluarga

“Tiada komen. Saya cuma mahu mulakan hidup baru. Saya nak rehat untuk sementara waktu terutamanya media sosial,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan bahawa dirinya sedang menjalani persiapan untuk menceburi industri Hollywood. Walau bagaimanapun, Meerqeen tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai persiapan itu.

Sebelum ini, pelakon berusia 24 tahun itu pernah menyuarakan cita-citanya untuk memperluas kerjaya ke Hollywood setelah mencipta nama di pasaran Indonesia melalui drama Melur Untuk Firdaus.

Beliau juga memberitahu bahawa semasa tempoh rehat ini, aktiviti kemas kini di media sosialnya akan diuruskan oleh pihak pengurusan beliau.

Sebagai info, Meerqeen ialah pelakon, model dan penyanyi yang mula dikenali selepas menyertai Hero Remaja 2019/2020, di mana beliau meraih tempat ketiga.

Sumber: Gempak 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.