Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial mengenai penemuan mayat seorang wanita yang dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Kota Kinabalu.
Suspek kes tersebut iaitu bekas tunang mangsa telah ditahan dan difahamkan, kejadian ini berpunca dari isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka diputuskan dan isu hubungan peribadi mangsa dan suspek.
Terkini, seorang individu yang mendakwa dia merupakan anak wanita itu telah berkongsi di siaran TikTok pada malam tadi bahawa ibunya telah membayar sebanyak RM7,000 kepada suspek selepas pertunangan mereka putus.

Difahamkan, suspek pada mulanya telah berjumpa keluarga mangsa dan dia bersetuju untuk putuskan pertunangan mereka dengan syarat wang RM7,000 perlu dibayar oleh mangsa dan anak mangsa mengatakan ibunya telah pun membayar semula wang tersebut.
Artikel Berkaitan: Wang Pertunangan Dipercayai Jadi Punca Lelaki 71 Tahun K*rat & B*nuh Wanita Di Sepanggar
Difahamkan, pertunangan itu diputuskan kerana mangsa dan suspek sebelum ini sering berselisih faham dan bertengkar mulut kerana kerap berlaku perbezaan pendapat antara mereka berdua.
Menurut anak mangsa, ibunya memutuslan untuk tidak meneruskan pertunangan itu kerana sering bergaduh dengan lelaki berkenaan.
Anak mangsa turut menceritakan detik-detik dia mengecam sebahagian anggota badan ibunya susulan penemuan mayat seorang wanita yang dikerat.
Anak mengatakan dia cam tangan ibunya itu, lapor Harian Metro.
Sumber: Harian Metro , TikTok

19 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















