Wang Pertunangan Dipercayai Jadi Punca Lelaki 71 Tahun K*rat & B*nuh Wanita Di Sepanggar

20 hours ago 9

Perselisihan faham mengenai hubungan peribadi dan tuntutan pemulangan wang pertunangan dipercayai menjadi motif utama di sebalik pembunuhan kejam seorang wanita yang mayatnya ditemui dikerat di Sepanggar, Khamis lalu.

Suspek utama, seorang warga emas lelaki berusia 71 tahun, telah membuat pengakuan mengenai penglibatannya dalam kejadian tersebut selepas ditahan pihak polis pada hari yang sama mayat mangsa ditemukan di kawasan pembuangan sampah Taman Indah Permai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman, mengesahkan bahawa dua lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan. Penangkapan dibuat susulan risikan intensif oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu di kawasan Kampung Sri Kenangan.

Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Di UAE, Jutawan Kripto & Isteri Ditemui Dik*rat, Tertanam Dalam Padang Pasir

Artikel berkaitan: “Saya hanya mampu peluk suami” – Isteri Dedah Detik Ngeri Lihat Suami Sendiri Ditemb*k 18 Kali

3433459

Kronologi Penangkapan:

Maklumat Saksi: Saksi mendakwa melihat mangsa cuba melarikan diri dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

Tangkapan Pertama: Suspek utama (71 tahun) ditahan pada jam 8.10 malam di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Tangkapan Kedua: Seorang pemuda berusia 19 tahun ditahan di Taman Seri Maju Apartment pada jam 10.30 malam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Selain tangkapan, polis turut menyita beberapa bahan bukti termasuk telefon bimbit, pakaian yang digunakan semasa kejadian, serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa merupakan pasangan tunang. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Kes pembunuhan 2019

Kes seakan kes ini sebelum ini pernah juga terjadi di Melaka pada tahun 2019 di mana ia melibatkan seorang lelaki warga Singapura yang tergamak membunuh serta mengerat mayat isteri dan anak tirinya kepada lapan bahagian di sebuah rumah teres di Taman Merdeka Jaya, Melaka.

Tragedi berdarah ini berpunca daripada pertengkaran mulut berkaitan masalah keluarga yang berlarutan, sehingga suspek bertindak nekad membuang potongan badan mangsa di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong.

Penemuan ngeri oleh orang awam itu akhirnya membongkar rahsia hitam suspek yang kemudiannya ditahan di Singapura, sekali gus mendedahkan betapa konflik peribadi dan kegagalan mengawal emosi boleh berakhir dengan tindakan luar tabii manusia.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |