ft marina bay

Satu kebakaran berlaku di Marina Bay Sands (MBS) pada hari Selasa (28 Okt) semalam, video kejadian tersebut tular dan mengundang kebimbangan orang ramai. Menurut sumber, kejadian itu berlaku akibat kebakaran tikar plastik di tingkat 55 hotel, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Seorang jurucakap MBS berkata, seorang kakitangan mereka telah bejaya memadamkan kebakaran sebelum kakitangan SCDF tiba. Kebakaran itu bermula kira-kira jam 3.30 petang di Menara 3 Hotel MBS.

Artikel berkaitan : 13 Kenderaan & 5 Kilang Musnah Dalam Kebakaran Di Masai

Artikel berkaitan : Warga Emas Ma*t Dalam Kebakaran Dikenal Pasti Ibu Mentua Hamzah Zainuddin

Api dah berjaya dipadamkan

Screenshot 2025 10 29 154833

“Kebakaran itu berada di lokasi yang tidak dapat diakses oleh tetamu dan berjaya dipadamkan oleh seorang ahli pasukan dengan cepat sebelum ketibaan SCDF.

“Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian ini,” tambah jurucakap itu.

Screenshot 2025 10 29 154854

Dalam kenyataan yang dikeluarkan SCDF, penemuan awal mereka mendapati bahawa kebakaran itu mungkin berpunca daripada kerja-kerja kimpalan yang dijalankan di kawasan tersebut.

Sumber : CNA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.