panjat papan tanda jalan DBKU

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyelar tindakan tiga individu yang memanjat struktur papan tanda jalan serta tiang lampu di sekitar bandar raya tersebut, seperti yang tular di platform TikTok.

Menerusi kenyataan DBKU, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana membabitkan keselamatan diri serta merosakkan harta awam dan imej bandar itu sendiri.

“Berikutan tindakan tidak sopan dan tidak senonoh oleh individu yang terlibat dalam kejadian ini, DBKU akan membuat laporan polis bagi siasatan lanjut di bawah undang-undang berkaitan ketenteraman awam.”

kch ub121125 jl dbku p1

Artikel berkaitan: “Trend ikut syahwat” – Tareq Fit Sifatkan Trend Lagu Jamilah Mengarut

Artikel berkaitan: Video Pelancong China Lukis Mural Di Pulau Pinang Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia, Pemilik Mural Beri Respon

Dalam kenyataan itu lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan perbuatan terbabit yang dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat.

Pada masa sama, DBKU mengingatkan bahawa perbuatan menampal sebarang bahan seperti pelekat atau poster pada papan tanda jalan tanpa kebenaran juga merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 22(1)(b), Local Authorities (Cleanliness) By-laws, 1999.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM1,500 dan denda tambahan sebanyak RM3,000 bagi kesalahan berikutnya atau penjara selama sembilan bulan bagi setiap kesalahan berikutnya,” jelas kenyataan itu lagi.

Menerusi semakan Lobak Merah, trend memanjat papan tanda jalan ini menular di negara Barat yang dikenali sebagai trend ‘Maui Wowie’.

Sebelum ini, pernah tular seorang pelancong wanita bergayut pada papan tanda jalan di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.