“Macam ni lagi baik dari tinggal di tandas awam” – ADUN Duyong Kesal Kes M*yat Bayi Cukup Sifat Ditemui Dalam Tandas

16 hours ago 7

Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka pada pagi tadi.

Menurut sumber, bayi tersebut ditinggalkan dalam keadaan dibalut menggunakan telekung sebelum diletakkan ke dalam beg kain.

Artikel berkaitan: Bayi Ditemui Tertanam Dalam Tapak Lubang Jamban Rumah Kosong Masih Hidup

Artikel berkaitan: Wanita Buat Laporan Polis Terjumpa Bayi Dalam Tandas Di Stesen Minyak Tapi Rupanya Bayi Sendiri?

Cleaner terjumpa bungkusan atas meja ruang persalinan bayi

Menurut sumber, kejadian itu mula disedari oleh pekerja pembersihan yang ingin membersihkan tandas awam berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Saksi, Baharudin Bachik, 57 berkata, dia cuba untuk membuka bungkusan yang ditinggalkan di atas meja di ruang persalinan bayi sebelum terkejut apabila mendapati bahawa ada mayat bayi dalam bungkusan itu.

“Ketika saya cuba buka bungkusan itu, saya terkejut apabila ternampak anggota badan bayi yang memang cukup sifat yang masih bertali pusat.”

Screenshot 2026 02 13 135900

“Macam ni lagi baik dari ko tinggalkan kat tandas awam” – ADUN Duyong

Terpanggil dengan kes tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelaku yang tergamak melakukan perbuatan kejam terhadap bayi yang tidak bersalah ini.

633811637 1373519481487343 502226148964356821 N

Menerusi Facebook miliknya, Helmy menyuarakan bahawa adalah lebih baik bayi itu diberikan kepada badan kebajikan buat pasangan yang menginginkan cahaya mata.

“Pada yang dah termengandung tanpa sengaja dan hilang hala tuju nak buat apa, meh datang jumpa Mat kat Japerun Duyong. Kat dalam list peribadi ni, lebih 10 pasangan menanti nak ambil anak angkat.”

“Semua pasangan yang berkemampuan segalanya. Cuma rezeki anak je mereka takda. Kita buat perjanjian dan akad. Diaorang tanggung segala kos rawatan sampai bersalin, kemudian anak ni diserahkan kepada mereka. Ikut abis prosedur kerajaan yang ada.”

634223772 1373519524820672 5210498469016261854 N

Tegasnya, kaedah ini adalah jalan terbaik berbanding dengan meninggalkan bayi itu di tandas awam dan membiarkannya sehingga tidak bernyawa.

Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa saranan ini bukanlah untuk menggalakkan mana-mana individu mengandung anak luar nikah, tetapi ia adalah cara selamat daripada ‘membunuh’ bayi tersebut.

Sekadar info, mana-mana individu yang didapati bersalah kerana membuang bayi bakal disabitkan di bawah Seksyen 317, Kanun Keseksaan di mana pelaku berdepan dengan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Astro Awani, Facebook Mohd Noor Helmy, Facebook Cerita Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |