Seorang pelajar lelaki tingkatan lima ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden buli terhadap seorang pelajar tingkatan satu di asrama sebuah sekolah di Bentong, Rabu lalu.
Suspek berusia 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong susulan laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa pada hari kejadian.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira tengah malam di tandas asrama apabila mangsa didakwa dipaksa menghisap rokok. Namun, selepas enggan menurut arahan tersebut, mangsa dipercayai didera menggunakan puntung rokok oleh suspek.
Gambar hiasanMangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada serta kecederaan tisu lembut, selain kesan lecur akibat puntung rokok pada tubuhnya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Sumber: Astro Awani

20 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















