“Saya tak tahu apa salahnya” – Ridz Okumura Terkilan Ada Pihak Tabur Garam Atas Pusara Arwah Isteri

18 hours ago 8

Usahawan dan pempengaruh, Ridz Okumura atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib meluahkan rasa terkilan apabila dia mendapati bahawa ada pihak didakwa telah melakukan khianat di pusara arwah isterinya, Akiko Okumura.

Jelasnya, dia dimaklumkan oleh penjaga kubur bahawa ada orang menaburkan garam di atas pusara arwah isterinya, dakwanya ia seolah-olah ingin mematikan kesuburan pada tumbuhan di kubur itu.

Artikel berkaitan: “Banyak lagi Sky & saya kena belajar” –  Ridzokumura Tunjuk Anak Solat, Kata Mahu Doakan Arwah Ibu

Artikel berkaitan: “Duit orang meninggal pun nak ambil” – Ridzokumura Dakwa RM70K Milik Arwah Isteri Di Rumah Lesap

Saya tidak tahu apa salahnya kubur itu, apa dosanya rumput-rumput yang tumbuh hijau dan subur.”

Luah Ridz Okumura, kesuburan tanah di pusara isterinya itu adalah kerana rahmah Allah dan dia turut mempersoalkan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut ke atas pusara arwah isterinya.

“Saya benar-benar tidak faham.
Bagaimana seseorang boleh sanggup melakukan perbuatan seperti itu.
Hati saya hancur, tetapi lidah saya kelu.”

630003234 18560132395040302 5334807968440226473 N

Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyatakan bahawa garam kasar itu baik untuk mineral, di mana ia boleh menyuburkan lagi pokok dan mereka berpesan kepada Ridz Okumura agar dapat berprasangka baik kepada si penabur.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa taburan tersebut merupakan sejenis baja rumput yang rupanya sama seperti garam kasar.

Screenshot 2026 02 12 155344 Screenshot 2026 02 12 155405

Berdasarkan hasil carian, sebenarnya terdapat sejenis garam yang bagus untuk tumbuhan iaitu Epsom Salt di mana garam ini memang membantu untuk menyuburkan lagi tumbuhan atau tanaman kita.

Selain itu, ia juga bagus untuk kulit, namun garam ini bukanlah untuk dimakan kerana rasanya pahit berbanding dengan garam biasa di dapur yang rasanya masin.

Namun begitu, garam dapur atau garam biasa tidak dinafikan memang selalu digunakan untuk ‘mematikan’ rumput-rumput liar dan sama sekali tidak bersesuaian untuk tanaman kita.

Sumber: Facebook, ecentral,

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |