Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila pengguna lebuh raya di ibu negara Kuala Lumpur mengatakan trafik di KL sejak awal Februari dirasakan lebih sesak berbanding biasa.
Gambar sekadar hiasanMenurut Datuk Fadil Marsus iaitu Ketua Polis Kuala Lumpur, kesesakan luar biasa di ibu negara itu berlakh disebabkan lebih tiga juta kenderaan masuk ke Kuala Lumpur setiap hari sejak 1 Februari lalu, lapor Harian Metro.
Artikel berkaitan: Bumbung Sebuah Stesen Minyak Runtuh Akibat Dilanggar Treler
Artikel berkaitan: Tular Video Alphard L*nggar Penunggang Motosikal & Terbabas Dalam Longkang, Polis Dedah Punca Kejadian
Difahamkan, data lebih 3 juta kenderaan setiap hari memasuki Kuala Lumpur itu telah didapati dari Sistem Data Maklumat Data Trafik (ITS).
Peningkatan mendadak jumlah kenderaan itu bertambah terutamanya kerana rakyat Malaysia bercuti panjang untuk cuti sambutan Tahun Baharu Cina yang akan menjelang beberapa hari lagi.
Selain itu, beberapa acara rasmi peringkat kebangsaan, faktor cuaca dan faktor kemalangan turut menjadi punca pergerakan kenderaan lebih perlahan sekali gus menyebablan kesesakan trafik luar biasa di ibu kota.
Apa-apa pun, hati-hati di jalan raya dan ingat, biar lambat asal selamat.
Sumber: Harian Metro

21 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















