Nampaknya ‘radar’ aktivis media sosial, Caprice sekali lagi berjaya mengesan aktiviti yang kurang enak melibatkan segelintir pempengaruh tempatan. Kali ini, isu yang dibangkitkan bukan calang-calang kerana ia melibatkan dakwaan penjualan kandungan tidak bermoral secara terbuka.
Menerusi satu perkongsian, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat memuat naik tangkap layar yang menunjukkan akaun media sosial seorang pempengaruh. Pempengaruh tersebut didakwa secara terang-terangan meletakkan pautan (link) ke saluran Telegram ‘Secret Dark’ pada ruangan biografi profilnya.
Artikel berkaitan: Tular Video Tak Senonoh Mirip Penyanyi Lelaki, Dakwa Tuan Badan Sendiri Jual Di Telegram?
Artikel berkaitan: “Pulau sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan” – LPF
Tindakan itu nyata mengundang kemarahan Caprice yang menyifatkan perbuatan mempromosi dan menjual video lucah sebagai satu jenayah besar yang perlu dipandang serius.
Apa yang lebih membimbangkan, pempengaruh tersebut mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai di mana rata-ratanya dipercayai merupakan golongan remaja dan budak sekolah.
Caprice turut bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa dengan menandakan akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
“Promosi & jual video lucah adalah satu jenayah besar. Budak ni dah lah ramai followers budak sekolah,”tulisnya di kapsyen.
Menerusi hantaran yang sama, pautan Telegram tersebut jelas memaparkan mesej yang mengajak orang ramai untuk membeli video secara peribadi (PM). Netizen kini berharap agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat mengambil tindakan tegas bagi membendung gejala ini daripada terus menular dalam kalangan anak muda.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pempengaruh terlibat, namun pautan yang didakwa itu telah pun menjadi bualan hangat di platform media sosial.
Sumber: Instagram

13 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















