Pelawak Lan Pet Pet menajdi tumpuan netizen sejak hujung minggu lalu susulan dengan tindakan dan kenyataannya yang dianggap tidak sensitif terhadap pelakon Fazura.
Lawak yang berbaur lucah itu dibuat menerusi satu video mengenai pelakon Gol & Gincu itu apabila ditanya mengenai hal perkahwinan baharu.
Artikel berkaitan: “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”- Fazura Kecewa Fatima Dikutuk Hingga Dipanggil Dengan Nama Bukan-Bukan
Artikel berkaitan: “Impian saya dari kecil adalah teringin nak tinggal dekat dengan Nabi” – Lan Pet Pet Bakal Berhijrah Ke Madinah Tahun Hadapan
“Tunggu sat dia kering dulu, bagi dia ketat sikit”
Menurut netizen, jelas kelihatan air muka Fazura yang rasa tidak selesa apabila mendengar kata-kata daripada anggota kumpulan Senario itu. Malah netizen turut mengatakan tindakan Lan Pet Pet itu dianggap sebagai satu gangguan seksual.

Terpanggil dengan kecaman teruk yang dilemparkan terhadapnya, Lan Pet Pet hari ini dilihat ada bersemuka dengan Fazura dan membuat permohonan maaf kepadanya.
“Saya minta maaf atas ketelanjuran saya, percakapan saya, saya minta maaf, tiada langsung niat dalam hati.”
Fazura bagaimanapun memilih untuk memaafkan Lan Pet Pet berikutan dengan isu lawak tersebut. Kata Fazura, dia memaafkan Lan Pet Pet atas keberaniannya yang membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Assalamualaikum saudara Lan. Susulan permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz memilih untuk segera memaafkan seperti mana segera pula saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan itu.”
“Ini kerana, walaupun hati pernah terguris, keinginan untuk mencapai reda Allah SWT adalah lebih utama. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan teladan buat kita bersama. Mudah-mudahan. Amin.”
Sumber : Threads 1, Threads 2, Berita Harian

17 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















