nabila huda sebak jumpa amy search

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda telah menyentuh hati netizen apabila berkongsi video dan luahan setelah sekian lama tidak bertemu bapanya yang juga legenda rock tanah air, Amy Search.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa Abil memaparkan momen bermakna buat dirinya apabila dapat berpelukan dengan bapanya.

“Kita dipisahkan oleh masa dan takdir. Dan ya, takdir mungkin telah memisahkan kita tetapi alam semesta mempunyai rancangan lain.”

Artikel berkaitan: “My clingy baby” – Nabila Huda Menangis Kucing Kesayangan Hidap Penyakit Kronik Akhirnya ‘Pergi’

Menjelaskan mengenai hantaran itu, pertemuan tersebut sangat berharga buat Nabila kerana kerinduan yang sudah lama terpendam akhirnya terubat.

“Sudah tentu saya rindu. Terlerai rindu saya sekejap, bila lama tak jumpa dan terjumpa pula sudah tentu saya seronok, Dalam masa sama saya gementar.”

Nabila juga meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang untuk bersalaman dan bermaafaan ketika pertemuan tersebut.

“Saya nak sangat ucap ‘Selamat Hari Raya’ dan salam raya dengan dia. Alhamdulillah doa saya itu termakbul sebelum habis Syawal.

“Saya beritahu betapa rindunya saya dengan dia dan betapa sayangnya saya dengan dia,” ujarnya.

SnapInsta.to 448353144 432079696459183 4005039690333217479 n

Kongsi Nabila lagi, dia menganggap apa yang terjadi adalah takdir yang tidak dijangka dan ia sebuah cerita yang belum tamat.

“Saya tak jangka langsung untuk terjumpa tetapi kita hanya lalui hidup ini dengan tenang. Jika ada rezeki kita hidup bersama, ada lah.

“Saya terima saja apa yang ada. Saya sudah penat, tak apalah saya hanya lalui saja apa yang datang.

Katanya, dia hanya mampu mendoakan insan tersayangnya dari jauh biarpun harapan untuk kembali bersama hanya tinggal angan.

“Saya nak dia tahu yang saya sayang dia sangat, saya juga tahu dia sentiasa doakan saya.

“Saya harap suatu hari nanti kita akan bersama, mungkin di sini atau mungkin di kehidupan yang lain,” katanya.

Min pun sebak dengan perkongsian Nabila. Semoga hasrat dan impiannya bersama dengan bapa tercapai.

Sumber: Astro Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.