Pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin kini telah sah disatukan dengan wanita pilihannya, Aya Ohori yang juga merupakan bekas pemain perseorangan wanita Jepun.
Perkahwinan kedua-dua pemain badminton itu telah dikongsikan oleh Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka menerusi Facebook.
Artikel Berkaitan: “She said YES” – Pemain Badminton Malaysia Melamar Pemain Badminton Jepun
Artikel Berkaitan: Pemain China Huang Yaqiong Dilamar Kekasih Lepas Rangkul Pingat Emas Badminton Beregu Campuran Di Olimpik Paris
Difahamkan, upacara perkahwinan sivil antara pasangan itu telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Pendaftaran di mana pasangan itu telah mengangkat ikrar perkahwinan di hadapan penolong pegawai pendaftaran tersebut dengan disaksikan oleh wakil keluarga pasangan.
Difahamkan, isteri Yew Sin iaitu Ohori telah mengumumkan bahawa dia telah bersara dari dunia sukan badminton pada hujung tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook JPN Negeri Melaka
Sumber: Stadium Astro
Sumber: Instagram