Peguam Kongsi DS Najib Gembira Lepas Dilepaskan Tanpa Dibebaskan, Hanya Tumpu Kes 1MDB

7 hours ago 6

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa gembira apabila pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seleas beliau lepas tanpa membebaskan (DNAA) atas 3 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM 27 juta yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd.

Ia dimaklumkan oleh peguamnya iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sidang media selepas prosiding mahkamah hari ini. Mohd Shafee berkata Ds Najib gembira dengan keputusan yang dibuat akim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, yang mengeluarkan perintah DNAA hari ini selepas menimbang perbicaraan kes pengubahan wang haram SRC dihadapi Najib masih belum bermula sehingga kini.

Artikel berkaitan : Individu Anggap Cara Pegawai Penjara Iringi DS Najib Tidak Wajar Semasa Majlis Pengebumian Tun Abdullah Sebab…

Artikel berkaitan : Kes Mahkamah Terlalu Lama, Najib Razak Akui Sudah Boleh Mengajar Undang-undang

“Najib sudah lama meminta DNAA untuk kes itu dan dia sangat gembira memperolehnya hari ini.”

“Sekarang, tidak terlalu banyak kes yang perlu dihadapinya. Dia boleh menumpukan perhatian kepada kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekarang.”

Hari ini, hakim mahkamah telah membaut keputusan untuk membenarkan bekas Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan dengan menagmbil kira faktor garis masa yang tidak pasti bila perbicaraan kes itu akan bermula selepas pertuduhan dibuat pada 2019.

Muniandy berkata, ia menyebabkan penantian panjang untuk perbicaraan yang menjadi beban berlarutan kepada Najib, sekali gus menafikan hak beliau mendapatkan penyelesaian sewajarnya dan tepat pada masanya.

Namun begitu, Najib tetap akan kembali ke penjara kerana masih menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram pada Julai 2020 membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.

Screenshot 2025 06 20 152309

“Untuk kes ini, Najib dibebaskan, tetapi kerana dia sedang menjalani hukuman penjara, dia perlu kembali ke penjara.”

Untuk rekod, Najib didakwa atas 3 pertuduhan menenerima wang berjumlah RM27 juta, menurut sumber, ia adalah hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |