Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhirnya bakal beroperasi semula secara sepenuhnya bermula 1 Julai nanti iaitu pada bulan hadapan.
Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan tersebut telah dihentikan sejak kira-kira tiga tahun lalu untuk memberi laluan kepada proses naik taraf setelah mengalami kerosakan.
Menurut laporan Astro AWANI, kini projek naik taraf aerotrain di KLIA itu telah memasuki fasa akhir.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Anthony Loke iaitu Menteri Pengangkutan.
Artikel Berkaitan: MAHB Mohon Maaf Aerotrain Tergendala, 114 Penumpang Terpaksa Berjalan Atas Landasan
Artikel Berkaitan: Kerajaan Sasar Pulihkan Ranking KLIA Antara 10 Airport Terbaik Dunia
Beberapa siri ujian keselamatan melibatkan aerotrain itu juga telah dan sedang dijalankan bagi memastika keselamatan para penumpang nanti.
Difahamkan, setiap tren tersebut mempunyai tiga koc. Setiap koc pula boleh menampung penumpang sehingga 90 orang.
Ini bermakna setiap perjalanan tren boleh memuatkan sehingga 270 orang penumpang.
Selain itu, ada tiga buah set keseluruhan untuk kegunaan di KLIA dengan dua koc akan bergerak secara bergilir pada sepanjang masa agar pergerakan penumpang sentiasa lancar manakala satu lagi tren berfungsi sebagai tren simpanan.
Sumber: Astro AWANI