“Saya dah maklumkan kepada pegawai sebelum keluar” – Wanita Kehilangan Bayi & Suami Serentak Jawab Tohmahan Netizen

7 hours ago 5

Berita mengenai seorang bayi lelaki berusia 3 bulan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung semalam, nyata meruntun hati kita semua.

Apatah lagi buat wanita ini, Azura Abd Malek, 37, yang terpaksa menghadapi ujian berat kerana kehilangan kedua-dua insan tersayangnya.

Artikel berkaitan: 2 Insan Tersayang Pergi Serentak, Bayi 3 Bulan M*ut Tertindih Lengan Bapa Yang Meninggal Akibat Serangan Jantung

Dalam pada warganet turut menzahirkan rasa simpati dengan berita pilu ini, ada juga yang meninggalkan komen dengan mendakwa si ibu seolah-olah tidak jujur dalam melaksanakan tugasnya pada hari pertama bekerja selepas cuti bersalin.

Ada yang mempertikaikan tindakan Azura memasukkan kad perakam waktu kerja untuk membuktikan dia berada di pejabat, kemudian pulang ke rumah sekitar 10 pagi.

Dakwaan itu timbul selepas adik iparnya, Masturadiana Ibrahim, 33 menceritakan tindakan kakak iparnya itu yang telah membongkar insiden menyayat hati apabila suaminya, Nuruleffendy Ibrahim, 35, dan anak bongsunya, Nur Muhammad Danial ditemukan sudah meninggal dunia.

@malaysiagazette

‘Detik Cemas Wanita Baru Lepas Pantang Bersalin Kehilangan Suami, Bayi’ Masturadiana Ibrahim, 33, menceritakan detik cemas dihadapi kakak iparnya, Azura Abd Malek Yaher, 37, yang kematian anaknya, Muhammad Nur Danial, 3 bulan suaminya, Nuruleffendy Ibrahim, 35, di rumah mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, mekanik itu ditemukan meninggal dunia di atas katil di dalam bilik dipercayai akibat serangan jantung sebelum lengannya menutupi muka bayi lelakinya itu menyebabkan mangsa meninggal dunia. Ketika kejadian, Azura baru memulakan tugas hari pertama di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas cuti bersalin selama tiga bulan namun pulang seketika untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapatkan pemeriksaan susulan di klinik. malaysiagazette #suamianakmeninggal #kampungperigihangtuah

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Dah minta kebenaran

Lantaran itu, Azura menepis tohmahan terbabit dengan mengatakan bahawa dia sudah memaklumkan kepada pegawainya untuk keluar membawa anaknya itu ke klinik kesihatan bagi pemeriksaan susulan dan suntikan.

“Saya dah maklumkan kepada pegawai saya dan biasanya selepas balik dari klinik kesihatan, baru saya akan sertakan surat time slip yang dikeluarkan oleh klinik sebagai bukti.

“Tambahan pula, dalam buku biru arwah anak pun ada dicatitkan untuk pemeriksaan susulan dan mendapatkan suntikan tiga bulan semalam,” katanya.

Justeru, Azura berharap dengan penjelasan itu dapat menghentikan tohmahan warganet.

Sementara itu, jenazah Nurulefendy dan Nur Muhammad Danial selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Duyong, malam tadi.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |