Setelah isu hangat diperkatakan sejak semalam, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim akhirnya tampil membuka mulut berkenaan dengan jal kemelut rumah tangganya bersama isteri, Siti Khalizah Alizan selepas tular berita prosiding perceraian mereka yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Biarpun kini sedang menjadi tumpuan netizen, Fikry tetap profesional menggalas tugas sebagai pengacara program hiburan Melodi dan dilihat tenang sewaktu bersiaran secara langsung malam tadi.
Artikel berkaitan : Peguam Sangkal Dakwaan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai, Jelaskan Perkara Sebenar
Artikel berkaitan : Dilihat Hadir Ke Mahkamah Syariah, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai?
Bagaimanapun, dia ada memberi kenyataan ketika bersiaran langsung dalam program tersebut, Fikry menafikan segala spekulasi yang mengatakan bahawa dia sengaja mencari publisiti murahan dan menyatakan tentang kesediaan untuk berdepan dengan isu yang sedang melanda . Fikry memberikan bayangan seolah-olah rumah tangganya masih belum berakhir.
“Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik. Saya akan pertahankan keluarga selagi mana mampu.”
Sebelum ini, hangat diperkatakan bahawa isterinya hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian yang difailkan pada Mei lalu atas alasan tiada persefahaman. Namun, Fikry tidak hadir pada prosiding tersebut.
Menurut sumber, kes tersebut ditangguhkan ke 10 September depan bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak menyelesaikan masalah yang dihadapi dan berkemungkinan untuk berdamai.
Dalam pada itu, perkongsian daripada isterinya juga turut menjadi tumpuan, di Instagram apabila dia memuat naik foto berserta kapsyen ringkas tetapi cukup bermakna.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami @fikryibrahim.”
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah telah berkahwin pada12 Februari lalu, majlis dibuat secara tertutup iyang dihadiri oleh orang-orang terdekat sahaja.
Sumber : Sinar Harian