syarikat tudung fazura

Kecoh di media sosial sekitar beberapa bulan lalu kontroversi syarikat tudung Fazura dikatakan mempunyai hutang sebanyak RM4.65 juta dengan syarikat pengilang tudung, Obor Holding.

Terkini, pelakon yang popular dengan filem Gol & Gincu serta J Revolusi itu, Nur Fazura mengatakan dia tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut kerana perkara tersebut bersifat sulit dan dia juga telah pun menyerahkan kepada peguam untuk tindakan seterusnya mengikut saluran undang-undang.

Menurut Berita Harian, bagi Fazura, yang penting orang perlu faham bahawa dirinya dan syarikat merupakan dua entiti yang berbeza.

Selain itu, Fazura turut mengatakan bahawa dia sendiri merasakan tiada keperluan untuknya menjelaskan tentang isu hutang itu secara lebih terperinci.

Kalau saya jelaskan sekalipun, belum tentu orang akan faham,” katanya.

WhatsApp Image 2025 06 21 at 12.52.47 PM

Artikel berkaitan : “Adakah anda hilang hormat sesama wanita?” – Janna Nick Dikecam Netizen, Sebut ‘Perempuan G*la’ Dalam Podcast

Artikel Berkaitan: “Kami terima cek tendang” – Pengilang Dakwa Syarikat Tudung Fazura Hutang RM4.65 Juta

Perniagaannya juga bukanlah bisnes yang kecil dan dia turut percaya bahawa di luar sana, usahawan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan ini faham mengenai cabaran dalam bidang ini.

Dalam masa yang sama, Fazura dengan tegas menjelaskan bahawa segala tohmahan di media sosial terhadap dirinya adalah perkara yang tidak benar.

Baginya, pelbagai spekulasi yang tular di media sosial hanyalah pandangan pihak luar yang tidak tahu dengan perkara yang sebenarnya berlaku.

Fazura turut tidak menafikan bahawa kontroversi yang berlaku ada memberi kesan terhadap perniagaannya dan reputasinya kerana dia juga manusia baiasa yang ada perasaan namun Fazura mahu kekal positif dengan mengelakkan diri daripada membaca komen-komen negatif di media sosial.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.